Showing posts with label Work. Show all posts
Showing posts with label Work. Show all posts

Thursday, September 22, 2011

Awan

Dalam dunia serba canggih sekarang kami menggunakan cloud folder untuk memudahkan kami berkongsi fail sesama kami. andai ada perubahan, perubahan akan di lakukan di cloud server sahaja. tapi, kadangkala kemudahan itu di salah guna, maka jadi lah perkara seperti di bawah ini.
Banyak nama aku dalam folder ni kan?
Kesian Fahmi..

Sunday, July 18, 2010

Dengar ini di tv3 tadi

Luangkan masa bersama keluarga di hujung minggu. Sekian dan salam hormat.

Wednesday, April 21, 2010

Barang baru di ofis kami.

Salam,

Ingat entri aku dulu pasal kami tidur di ofis beramai-ramai? sekarang, untuk meneruskan aktiviti kami itu, kami dah tak perlu risau tentang hiburan. Kalau dulu, Hiburan agak malap sebab projektor di larikan orang yang meeting di Melaka. Sekarang kami ada hiburan baru.

Memang. Kata orang, hiburan itu kadang melalaikan. tapi bila dah lalai, timbul lali. Bila dah lali, Maka kurang lah lalai. Kami boleh di katakan hampir seharian di ofis. Kerja, Main, tidur, makan malah mandi di ofis. Jadi, mengapa perlu pulang ke rumah?. Mengenangkan kami pekerja yang rajin, bos telah menghadiahkan kami..

..
..
..
..
..
.. 

Macam As-terok kan?
 Jangan Jeles... :D Korang tengok lah tv tu sampai lebam. Janji kerja tip-top macam k0m4nd3r. :D Muahahaha!

Tuesday, November 24, 2009

Idea!

Palotak tepu. rase cam kambing. ade blood clogging kah? atau sebab x makan lagi? aku nk balik, kerja skit pon xleh buat. sebab ape? sebab xde idea. ah doi yai! ape salah ku? apa dosaku? arghh!!!

Tuesday, February 10, 2009

Hari Thaipusam

Seremban, 9/2/2009 - 10.00 hrs: Aku sedang enak beradu tenaga di ketika itu. Tiba2 lagu ada binatang dalam kecemasan (Wonderpet) berbunyi menandakan ada orang menelefon. Nombor dari utara tanah air. En. S rupenye. berkenaan projek kami di Kedah. sambil aku melayan panggilan beliau, ada lagi satu panggilan masuk, ku lihat dari Mr. AKK. oleh kerana kami sedang berbincang juga mengenai perkara yang tidak kurang pentingnya, aku tangguhkan utk mengangkat panggilan dari Mr. Bos. aku letakkan telefon setelah selesai perbualan. Kulihat ada satu mesej di terima. dari Mr. AKK. menyuruh aku menelefon nya semula. ku fikir mungkin berkaitan perkara yang sudah kubincangkan bersama En. S. Rupanya bukan, aku di kehendaki menghadiri kursus JBOSS di Megan Avenue pada kessokan hari.Aku di kehendaki menghubungi MR. A kemudian utk mendapatkan maklumat mengenai kursus tersebut.

17.00hrs: Aku sedang memanjat pokok Rambutan di Serting. tujuannnya mengambil buah2 yang sudah masak dan busuk utk mengelakkan buah yang busuk kekal di atas pokok. sekali lagi ada panggilan binantang dalam kecemasan. Oh.. Mr. D rupenye. Beliau menanyakan tentang bagaimana cara untuk meneruskan proses instalasi windows di Syria. aku katakan aku akan cuba secepat mungkin pulang ke Putarjaya utk berurusan dgn mereka di Syria. Belum lama selepas aku menamatkan perbualan, ada satu lagi SMS menerjah masuk ke dalam telefon ku. SMS yang bisa mengugurkan jantungku. Arahan dari pihak atasan mengkehendaki kami pergi semula ke Syria dalam masa terdekat ini. ARGhhh!! mana mungkin. 14/2 akan di adakan TT sulung Prosboc N9. aku sudah membayar pendaftaranya. Juga diadakan Internal autoshow juga di sana. Kata en. bos, setamat2 kursus aku di KL, aku akan terbang terus ke Syria. :(

Friday, December 12, 2008

Cerita di Syria

Salam kawan2 semua, macam x percaya, aku dah sampai ke Syria. negara yang besar, ekceli, ni lah kali pertama aku ke luar negara. Sekarang kat sini musim sejuk. Masalah paling besar yang di hadapi oleh org yg x pernah keluar negara ialah bagaimana nk mensediakan diri menghadapi situasi di negara org. arini aku nk kongsi beberapa perkara yg aku rase menarik dgn korang.
1. Cuaca sangat sejuk, x de salji, keadaan persekitaran yg kering, aku x rase jari aku tgh melekat kat tangan skarang nih.
2. Sebab sangat sejuk dan kering, aku kene pakai lip balm ut elakkan bibir jadi kering.
3. sebab sangat sejuk jugak, abis, tangan, kaki, n paha aku di naiki ruam2 merah.
4. sebab kami buat kerja kat airport, the only choice of fod yg aku ade kat sini adalah makanan kat food court. semalam aku makan berger RM40(SYP550) utk makan tengahari.
5. mase aku tgh taip pos nih, kat Msia dah pukul 4.42 PM kat sini baru pukul 10.45 am.
6. aku rindu Kat sang Hitam aku.
7. Rumah kami kalau nk dibandingkan dgn flat merpati kat KL, luarannye, mmg flat tu lagi cun, tp dalam, not bad.
8. Sinki diorang very the not practical one. (nnti aku upload gambar)
9. aku tukar $100 ke 4695SYP.
10. Internet connection kat sini masih pakai sial-up oops dial-up.
11. sori kalau aku banyak buat typo, sini sangat sejuk, dan keyboard aku kehilangan huruf H dan C.
12. Kalau aku nk buat perbandingan, Melaka Central jauh lebih baik berbanding Syrian Airport.

cukup. aku nk p solat jumaat yang mask waktu pukul 11.30pagi.

Saturday, December 6, 2008

Terperangkap di kedah

Arini aku masih ebrtungkus lumus (Macam biase la) menyiapkan kerja2 di MBAS..
tapi 2,3 bende yang men'stop'kan aku dari buat kerja. Bende2 tu aku rase macam patut di kongsi bersama.
1. Untuk masukkan maklumat kompaun, perlu ada page untuk entry, masalahnye, entry lain, screen capture xde, DBA xde, org wat database xde, mende yang sepatutnye aku dah ade xde, takat cakap same je macam yg lain, aku pon bleh cakap.. b3ng4ng betul!

2. Aku dok pk, aku dah terlepas menghadiri kursus kahwin sepatutnye minggu ni aku kene pergi.. sh1+!.

3. kete aku lost power, tah mane silapnye tah, sepanjang perjalanan dari KUL-AOR ahnya bleh bawak selaju 160KM\H aje.. arghh!!! tu pon seksa nk sampai tahap tu..

4. utk hotel aku habis RM450++ erk!!! RM150 Sehari.

5. Nasib baik makan murah.

6. aku dah mimpi salji, airport, awek2 kat syria yg tengah melambai2 kat aku sbb bos ckp kalau x siap nih aku xleh pergi, masalahnye bende ni cam xkan siap tanpa kehadiran seseorang yang tersebut.. hopefully betullah kate kawan aku tu esok die akan datang.. please lah.. please lah..

P/S: Jangan kami yang terperangkap di kedah sudah la.. hehe

Wednesday, October 29, 2008

Desktop²(S)


Aku guna 2 PC hari ini (Bermula Semalam Sebenarnya). Satu guna Ubuntu, satu guna Windows Vista Business. Vista Utk Flash, Ubunut Untuk Java. Kepalaku macam gambar sotong dalam PC² itu. Perlu menggunakan Topi. Aku mudah keliru. Tapi ada satu aku dpt buktikan disini, aku ini multitasking. :D 

PS: Ada sesiapa boleh bantu aku dgn action script utk flash? :D