Showing posts with label TV. Show all posts
Showing posts with label TV. Show all posts

Friday, April 6, 2012

Cerita Di TV

Kat rumah kami takda Astrok. Tapi rumah kami ada TV yang encik bos bagi. Kira TV turun temurun lah ni. Janji bini aku tak boring lepak rumah takpe lah. Bila dia dah berpeluang tengok tv, kadang-kadang dia ni banyak komen. Salah satunya, macam gambar kat bawah ni.






Dan gambar kat bawah ni jugak.





Tajam jugak mata bini aku ye? sampai lambang bunga daun maple tu pun dia perasan. Hehehe..

Wednesday, April 21, 2010

Barang baru di ofis kami.

Salam,

Ingat entri aku dulu pasal kami tidur di ofis beramai-ramai? sekarang, untuk meneruskan aktiviti kami itu, kami dah tak perlu risau tentang hiburan. Kalau dulu, Hiburan agak malap sebab projektor di larikan orang yang meeting di Melaka. Sekarang kami ada hiburan baru.

Memang. Kata orang, hiburan itu kadang melalaikan. tapi bila dah lalai, timbul lali. Bila dah lali, Maka kurang lah lalai. Kami boleh di katakan hampir seharian di ofis. Kerja, Main, tidur, makan malah mandi di ofis. Jadi, mengapa perlu pulang ke rumah?. Mengenangkan kami pekerja yang rajin, bos telah menghadiahkan kami..

..
..
..
..
..
.. 

Macam As-terok kan?
 Jangan Jeles... :D Korang tengok lah tv tu sampai lebam. Janji kerja tip-top macam k0m4nd3r. :D Muahahaha!

Thursday, July 9, 2009

TV Untuk dijual!



Sapa mau beli tv?spec mcm dibawah:

Jenama: Toshiba regza 32"
Kondisi: 2nd Hand.
Harga: RM1300 Boleh Dirunding.

Friday, October 24, 2008

Hero

Cerita 1

Semalam aku sudah tidur, pukul 2.30 pagi. tiba2 telefon berbunyi, Mr. B rupanya. Tanpa aku sempat bertanya, dia berkata kami terkunci di ofis, lalu aku harus pergi membuka pintu ofis, jaraknya dari rumah 9.9KM, aku pergi. aku pergi demi rakan-rakanku. Aku jadi hero pukul 2.30 Pagi. 

Cerita 2

Aku sampai Ofis pukul 9.30 pagi. aku singah di tingkat 1 untuk mengajak kawan2 minum. Minum mesti mau ingat kawan2. Ada seorang wanita dari group KPMG turun ke tingkat 1.Tujuan nya untuk memfotostat sesuatu. Ku biarkan dia. tiba-tiba dia memanggilku, katanya fotostat berhenti berfungsi. aku pergi dengan lagak selamba, dan kutekan-tekan butang di mesin itu. Ia berhasil. Aku jadi hero pukul 10.30 pagi.