Showing posts with label Aktiviti Geng 83. Show all posts
Showing posts with label Aktiviti Geng 83. Show all posts

Monday, June 18, 2012

Geng Kacang Dah Masuk Ke Fasa Kedua…

*Post ke 500 dedikasikan untuk Geng kacang yang di sertai oleh kanak-kanak lelaki yang lahir pada tahun 1983M dan pernah berkecimpung dalam sebuah Projek IT bersama-sama saya.

Tarikh Tamat Tempoh Bujang: 2 Oktober 2010M / Selangor 

"Gom-Gom" dan Fida:
Gom-gom, bekas driver Geng Kacang. Ahli geng kacang lupakan kulit yang lahir bulan November. Mula perkenalan dengan Fida semasa aktiviti mendaki gunung. Paling awal dan memang awal menamatkan zaman bujang. Juga bertindak sebagai pembukak minda dan pembukak jalan pada Geng Kacang yang lain. Jadi driver memang kena pantas.





Tarikh Tamat Tempoh Bujang: 13 Januari 2012M / Negeri Sembilan 

"K0m4nd3r" dan Fatiha:
K0m4nd3r, masih setia dengan geng kacang. Pasangan geng kacang yang kedua menamatkan zaman bujang. Bertindak sebagai titik pertemuan ahli geng kacang yang mana akan jadi penyampai atau menyampaikan arahan kepada geng kacang yang lain (ahli geng kacang tak wajib ikut pon). Bertemu dengan Fatiha di Seremban 2. Jadi ketua tak semestinya kena kawin dulu.




Tarikh Tamat Tempoh Bujang: 12 May 2012M / Johor 
"Datok S" dan Noorazrina:
Datok S, ahli geng kacang yang paling tua dan paling kurang bercakap mengenai diri sendiri. Pasangan geng kacang yang ketiga menamatkan zaman bujang. Tiada maklumat di perolehi mengenai cara pertemuan dengan pasangan. Cuma yang di ketahui Azrina berasal dari Johor. Motto Datok S: Takpa, gua malas nak letak Motto. (Gambar tak available)












"Shaggy" dan Asfadila:
Tarikh Tamat Tempoh Bujang: 26 May 2012M / Johor 
Shaggy merupakan Bouncer geng kacang. Suka buli "Gom-Gom". Cara bertemu dengan Ard (Nama Panggilan Asfadila) tifak di ketahui, tapi K0m4nd3r terlibat dalam memberi idea kepada Shaggy bagaimana memenangi Hati Ard. Gom-Gom pula terlibat sebagai penghantar barang. Walaupun Shaggy bouncer geng kacang, tapi kisah cinta pasangan ini adalah sangat so shuwiitttt. Sebab sangat so shuwiittt, maka shaggy dinobatkan sebagai penamat zaman bujang official bagi geng kacang. Kata beliau: Gua lelaki manja, Problem Officer?
(Gambar updated)

Gambar Bonus Hari Ini:


v
v
v
v
v





Shaggy. ;D



Tamat sudah cerita Zaman bujang geng Kacang. Mungkin akan ada sambungan geng kacang Junior? Sama-sama kita tunggu dan doa. Saya bagi pihak Semua ahli geng kacang ingin merakamkan ucapan terima kasih tidak terhingga kepada semua yang hadir dan mengaminkan doa di majlis-majlis kami. Kami geng kacang juga ingin memohon maaf andai ada terlebih dan terkurang sepanjang majlis berlansung.


Monday, November 22, 2010

Kacang Identity (Prologue)

Kacang Part 1


It's November. Rain pouring almost every evening. Shaggy the gentle giant Happy with his life now. The engagement really turned him on. Cocoon had no ability as the lost navigator. He tied the knot and there it is. Full stop. Shazzy-One our driver? Lost in his fiction work. Our team pulled out from the reality. I must planned something. Wait for me, wait for K0m4nd3r. I've planned something for all of us. And waiting for the right time only to execute. The plague had conquer us all. There's nobody to save us, but I will.

Weeks passes, Still had nothing in mind. Shaggy personally come to my office one day.
"I wouldnt be long here on earth as normal citizen anymore." He said in grumpy deep voice.


"The association had chose me. I must go. Before that, I want to do something. One last thing with all Normal Kacang as you guys." The giant voice gone deeper and deeper mimicking Batman's voice.


"What should we do then? We're all bound together, If they called you, I don't think they'd torn us apart. in fact, you do gave our name right?" I asked.


What will we do? What does Shaggy plan? To be continued in next episode.

Sunday, May 2, 2010

Geng Kacang: Life and Lifestyle

Salam,

Hidup dan carahidup. Aku bermonolog lagi. Macam biasa, aktiviti hari cuti umum kami geng 83 memang di penuhi dengan aktiviti-aktiviti yang paling berfaedah. Selain aku dan Cocoon yang tengah lawan bersin akibat air-cond di ofis sekarang nih, aktiviti menarik yang kami lakukan adalah menonton siaran langsung log pelayan yang sedang berlangsung sejak pukul 12 tengahari semalam (tengok log nih macam tengok result bola lah lebih kurang).

Krologi aktiviti Geng Kacang:

Jumaat:
- Bergolek-golek keriangan di ofis sementara Kacang Shaggy dan Kacang Shazzy pergi berfutsal. Data dah selamat dimuat naik dan diuji, sah Tak ada masalah esok pagi.
- Aku dan Kacang Cocoon sedang ber-DoTA dan di belasah geng86 angkara host yang lag dan hero ar yang macam tapir (Serius, aku memang tak reti kalau dapat hero intel/strength tapi Enigma memang power). Orang tua-tua cakap, kalau main dota tak menjadi, tandanya esok hari kau jadi busy-bee.
- Masuk tidur pukul 6 pagi lepas tengok tayangan Pappadom (Umpan kami senang je, pasang wayang kat ofis or kami balik).

Sabtu:


- Dapat panggilan pertama. tapi bukan dari pengguna, dari projek lain. :D Cuma panggilan untuk suruh bukak pintu dan mesyuarat lebih kurang. Kacang Cocoon masih tergolek tak sedarkan diri. Kacang Syazwan masih tak mandi, Kacang Shaggy katanya dah sampai Jay Bi. Gila ritma, boleh jadi pantun ni, abaikan sebab dah pagi.

- Baru nak masuk tidur semula, Sistem online pukul 12 tengahari. panggilan kedua dari Mr. Megatron, katanya ada problem. Jenny dah sampai dari pukul 11 tadi. Aku pening lalat sambil bukak pintu tengok muka kacang Shazzy. Tak sempat dia nak bagitau apa-apa, aku dah bagitau dulu pasal apa yang jadi.

- Pukul 12.30PM ++
panggilan masuk dan keluar tak henti-henti. Aku rasa macam VIP. Aku rasa nk berhenti jadi SE nk jadi penyanyi. Tapi aku tau, Jadi penyanyi lagi sibuk dari macam ni. lagipon, Sibuk hari ni kalah menteri.

- Pukul 2PM:
Keadaan kembali terkawal. Aku dah mula rasa lapar. Masa untuk keluar dengan bakal-bini. tapi rasa-rasa macam tak seuai keluar waktu ni. Baik aku tunggu petang sikit lagi. Kalau nak keluar badan mesti mau wangi-wangi.

- Pukul 9PM
Kacang Shazzy cakap dah nak sampai. padahal masih kat Muar lagi. Rambut rasa gatal, baik pergi cuci.

Pukul 12AM - 3AM
- Mata gelap tak nampak apa-apa. Rupanya dah lena depan TV. Terjaga kejap pas bos Telefon, Mata dah taknak lelap dah.

3AM dan keatas.
- Melayan Kacang Cocoon tengok movie. Sambil-sambil tengok result log harini.


Ahad:
Aku rasa hari ni kerja setakat tengahari, Banyak gak benda nk kene settle nih. Mungkin ada meeting jap lagi? Sapa tau, yang penting, nak pergi KL petang ni. Dan aku rasa nak balik rumah sebab dah 2 hari tak jumpa tilam.


PS: Menarik aktiviti geng kacang? :D Anda rasa anda ada kelayakan untuk menyertai geng kacang? sila hantarkan resume anda sekarang jugak.

Wednesday, April 21, 2010

Barang baru di ofis kami.

Salam,

Ingat entri aku dulu pasal kami tidur di ofis beramai-ramai? sekarang, untuk meneruskan aktiviti kami itu, kami dah tak perlu risau tentang hiburan. Kalau dulu, Hiburan agak malap sebab projektor di larikan orang yang meeting di Melaka. Sekarang kami ada hiburan baru.

Memang. Kata orang, hiburan itu kadang melalaikan. tapi bila dah lalai, timbul lali. Bila dah lali, Maka kurang lah lalai. Kami boleh di katakan hampir seharian di ofis. Kerja, Main, tidur, makan malah mandi di ofis. Jadi, mengapa perlu pulang ke rumah?. Mengenangkan kami pekerja yang rajin, bos telah menghadiahkan kami..

..
..
..
..
..
.. 

Macam As-terok kan?
 Jangan Jeles... :D Korang tengok lah tv tu sampai lebam. Janji kerja tip-top macam k0m4nd3r. :D Muahahaha!

Monday, April 19, 2010

Sepetang di Presint Diplomatik

Salam,

2 tahun lebih aku kerja kat kompeni nih. Lepak kat Putrajya hampir 2 tahun. Tapi kali ni baru dapat jalan-jalan keliling presint diplomatik. Rupanya ada tempat menarik yang kami tak tahu. contohnya macam dalam gambar nih.


Pemandangan dari atas Bukit Diplomatik (Nama yang aku suka-suka bagi).


Saturday, April 17, 2010

Menjadi Ikan

Salam,

Hari ini aktiviti kami biasa-biasa. Cikgu pendidikan jasmani kami Encik H mengarahkan kami pergi menjadi ikan.  Bezanya kali ini, aktiviti ini di pantau oleh ketua kelas merangkap ketua baru geng 83 En. AKK.

Macam biasa, bila ada aktiviti baru, aku akan uplod gambar. Layan...

Angkat tangan kanan, kata cikgu.



Tolong, mana bos kami??



Mana hilang lagi 2 orang geng 83??





"Salah tu, kaki kena goyang kuat sikit" Kata ketua kelas sambil mempraktikan jurus melepas angin dalam air.



Oops, gambar ini tidak ada kena mengena dengan aktiviti kami. :D

PS: Hari ni ada geng baru yang cuba di wujudkan. geng 86. Kita tengok apa perancangan mereka pulak. :D

Friday, April 16, 2010

Aktiviti Menyihatkan (Updated)

Salam, 

Maaf, lambat sangat update pasal aktiviti kami nih, alasan macam biasa sibuk tak tentu hala. Kepada pekerja pekerja yang bekerja di presint diplomatik, tak kira lah, Darling boutique ke, Nexus int. school ke, laundry ke, unimac ke, savecost, easyshoppe, HTP, Kedai urut kecantikan ke, dan lain-lain lagi, masih mencari aktiviti sihat anda? Jom layan gambar-gambar nih.


Tengok peta untuk perjalanan supaya tak sesat. 
Lagi elok kalau ada GPS utk rekod jarak aktiviti anda. :D


Sebelum bermula, kita minum dulu.

Tengok keadaan cuaca sebelum memulakan perjalanan.

Mulakan dengan Bismillah, kemudian berlari- lari anak kecil main api.

Hayati keindahan alam sepanjang perjalanan.

Tamatkan larian anda dengan jayanya!.


Inilah aktiviti terkini kami. Jadi sekarang, segala aktiviti opis akan berhenti pada pukul 6pm dan di sambung kembali selepas maghrib. :D




ps: Sila lihat pada labels, Ada label baru dimasukkan hari ini.