Showing posts with label Opis. Show all posts
Showing posts with label Opis. Show all posts

Thursday, September 22, 2011

Awan

Dalam dunia serba canggih sekarang kami menggunakan cloud folder untuk memudahkan kami berkongsi fail sesama kami. andai ada perubahan, perubahan akan di lakukan di cloud server sahaja. tapi, kadangkala kemudahan itu di salah guna, maka jadi lah perkara seperti di bawah ini.
Banyak nama aku dalam folder ni kan?
Kesian Fahmi..

Friday, July 9, 2010

Ofis Baru (lagi)..

Salam,

Semenjak dah hampir 2 tahun bermastautin di Putrajaya nih, aku dah duduk di kesemua aras yang ada dalam lingkungan ofis kami. Bezanya, dulu aku hanya menum[ang di pejabat main con, sekarang kami dah ada pejabat sendiri semula. Pejabat lama kami di bangi dah lama tak di jenguk. Rupanya dah di tinggalkan pon.

Habis semua kenangan aku kat pejabat lama. Tempat aku buat praktikal kat situ. Tempat tidur aku bawah meja dan di kejutkan oleh Azmir bila bos datang. Bawah opis ada kedai kaca dan kedai Beriyani gam yang selalu buat air liur meleleh bila bulan Ramadhan tiba. Kompleks PKNS yang berhampiran dengan opis. Semua kenangan tu ada.

Di pejabat main kon pulak tak banyak kenangan yang ada. Memulakan kerja di sini duduk di aras 3A. Masa tu masih lagi sambung sikit-sikit projek lama yang tertangguh sambil-sambil buat projek baru. apa projek lama, apa projek baru tak perlu aku katakan. Yang penting rutin sebagai programmer java masih tebal. Time tu, dapat je modul, Kata sehari mesti kena siapkan dalam sehari. Masa tu jugak masih baru dalam bidang Spring and portlet. Setelah sekian lama bergelumang dengan java servlet.

Di tengah-tengah projek, aku di naikkan ke atas. Level 2C. Alasan mudah je. Untuk memudahkan ahli kumpulan kami berhubung. Seterusnya menyiapkan modul yang di amanahkan pada kami. Merasa gak aku jadi orang atasan. Sambil-sambil buat Modul IIAS, aku kena jugak buat modul CUSS untuk airport tu. Kira dah jadik 3 modul aku jaga untuk part aku.

Selesai bahagian MVC untuk IIAS, aku di tugaskan pula ke projek CUSS sepenuh masa. Aku ingat lagi masa tu bulan 10 aku di jangkakan akan terbang ke Syria. tapi sudahnya hari raya haji 9/12/2008 baru aku gerak pergi Syria. Camna aku ingat? sebab tarikh tu hampir sangat dengan Hari jadi aku. :D So, segala roses pembangunan di lakukan di level 2A. Tamat projek Syria yang tahapa-hapa, aku kembali ke Malaysia.

Meneruskan khidmat sebagai Programmer, aku buat module pendaftaran pengguna. Masa tu, masa yang di beri agak singkat. Untuk menelaah portlet setelajh aku dapat projek servlet memang agak payah bagi aku. Mana provier, mana WSRP, mana Production, mana staging. Bila nak develop, bila nak deploy. Task untuk deploy tu pulak di ambil alih oleh tem SE tak lama kemudian. Sebab tertekan dengan kerja masa tu, aku hampir-hampir berhenti kerja. Tapi aku tertarik dengan offer bos aku untuk mengeluarkan aku dari kumpulan programmer dan bagi aku masuk kumpulan SE.

Masuk Team SE, aku berpindah pulak ke level 2A. Di situ, aku dah mula jarang buat programming, kecuali untuk suka-suka hati aku isi masa lapang. Kata orang asah parang supaya tak tumpul. Tambah pulak kalau tahu team programmer ada nak kena buat research on some new Library they need to use in their application. Kat situ aku stay hampir setahun.

Sekarang, aku dah pindah ke ofis kompeni aku semula di level 4B. Canggih gak bos aku boleh ambik level 4A dan 4B. Rupanya tak jadi pindah ke Cyberjaya. Nanti aku ada kamera, aku upload gambarnya. Oops, lupa, sekarang aku jadik programmer balik. Semata-mata untuk buat module User Access Management tu. Skilll rogrammer tu masih ada masih tak kekok lagi. masih berharapan agar sempat siapkan modul nih menjelang besok. PC dah corrupt semalam. Haih!!

PS: aku dah upgrade dari Ubuntu 8.04 Hardy Heron ke Ubuntu 10. Menarik siot..

Thursday, June 3, 2010

Alat Sulit dan persendirian

Salam,

Nak kongsi satu cerita dengan hangpa semua.

Din (Bukan nama sebenar): Tsk! dah nak tengah bulan nih, gaji tak masuk-masuk jugak.

Shazzy: Mana ko tau? Ko dah check ke belum? Tak update lagi lah tu. Aku pun gaji tak masuk lagi, dah nama satu kompeni.

Khirul: Gaji aku dah masuk, sebab aku kompeni lain.

Din: Aku cuba cek lagi sekali lah camni.

(5 minit 25 saat kemudian)

Din: Ha! kan aku da cakap, tak masuk lagi...

(Kelentang!! Bunyi cawan hijau alumni UTEM singgah ke siku kanan Din)

Din: Apesal aku kena baling?

Shazzy: Gaji ko masuk kat cimb kan?

Din: Haah, dah tu ape kene mengena sampai aku kena baling?

Khirul: Dah tau gaji masuk kat cimb, ko pegi bukak Mayban2u pasal apa? kalau camtu sampai tahun depan pon gaji ko tak masuk!

Shazzy: Amik cawan hijau nih balasan lawak tenuk ko tuh!


Hua! Hua Hua!!

Walaupon cerita nih tak lawak, tapi sakit gak perut aku time shazzy dengan khirul citer kat aku.. Hahahah!

PS: Alat sulit di atas merjuk kepada alat yang digunakan untuk menyemak perbankan online. :D

Wednesday, April 21, 2010

Barang baru di ofis kami.

Salam,

Ingat entri aku dulu pasal kami tidur di ofis beramai-ramai? sekarang, untuk meneruskan aktiviti kami itu, kami dah tak perlu risau tentang hiburan. Kalau dulu, Hiburan agak malap sebab projektor di larikan orang yang meeting di Melaka. Sekarang kami ada hiburan baru.

Memang. Kata orang, hiburan itu kadang melalaikan. tapi bila dah lalai, timbul lali. Bila dah lali, Maka kurang lah lalai. Kami boleh di katakan hampir seharian di ofis. Kerja, Main, tidur, makan malah mandi di ofis. Jadi, mengapa perlu pulang ke rumah?. Mengenangkan kami pekerja yang rajin, bos telah menghadiahkan kami..

..
..
..
..
..
.. 

Macam As-terok kan?
 Jangan Jeles... :D Korang tengok lah tv tu sampai lebam. Janji kerja tip-top macam k0m4nd3r. :D Muahahaha!

Monday, February 15, 2010

Opis ku, rumahku..

Cuti raya cina, kami di arahkan untuk bersedia di opis melakukan tugasan terakhir sebelum ia diserahkan kepada pengguna. Kami terima dengan hati terbuka. Adat orang bujang, kami memerlukan hiburan. Untuk mengelakkan dari kami keluar mencari hiburan, tengok apa yang kami dapat? Hehehe.. canggih kan?
Posted by ShoZu

Tuesday, December 1, 2009

Starting Today!

Bermula hari ini. Parking di Putrajaya akan dikenakan bayaran RM0.50/Jam. Hohoho. Adakah ini cara untuk mengurangkan masalah parking di Putrajaya? dengan memaksa rakyat menggunakan perkhidmatan "Park & Ride"? Kenapa x di tambah lagi parking lot? Walhal banyak lagi kawasan2 kosong yang boleh di jadikan parking lot? Hmm... Just wondering.

Saturday, November 1, 2008

Hari Keluarga @ OAS!

Oops.. jangan salah sangaka.. ini adalah cobaan.. ini bukan bebetul familyh day, cuma kebetulan hari ini, ramai golongan berkeluarga yang hadir kepejabat.. En. RDJ satu batalion, En. HH, juga satu batalion. kami yg bujang, single mingle pon x ketinggalan bawak batalion.. batalion ape? dah tentulah batalion perut.. hehehe.. murah rezeki hari Sabtu nih.. kalau tiap minggu camni kan best.. :D