Showing posts with label Ofis. Show all posts
Showing posts with label Ofis. Show all posts

Thursday, July 1, 2010

Kembali ke pangkal jalan

Salam,

Entah mana silapnya, mungkin salah ibu mengandung atau salah tidur minggu lepas. Tapi salah tersebut memang besar impaknya yang terpaksa aku tanggung.

Haha, abaikan karutan aku tersebut. Yang sebenarnya, apa yag terjadi adalah aku terpaksa turun padang untuk sekali lagi menjengah kembali kod-kod yang telah lama bersawang. Hoho, padahal baru setahun aku tak jadi "programmer"  tapi sekarang, apakan daya.

Mungkin kekurangan pekerja atau beban tugas melampau menyebabkan tugas ini di serahkan kepada aku? siapa tahu. Kalau kekurangan pekerja atau beban kerja melampau, aku tengok selamba je balik awal sesetengah tu. hmm..

Ada juga baiknya, at least aku dapat balik pakai desktop ubuntu yang aku dah lama tinggalkan nih. :D

PS: Kawan-kawan pembaca blog aku yang tak seberapa nih, siapa-siapa yang ada pengalaman dengan ORACLE, PORTAL, ORACLE AS, JBOSS are welcome here. just sent me your resume. thanks.

Wednesday, June 2, 2010

Cuba teka.


Apa ini?
Posted by ShoZu

Wednesday, April 28, 2010

Ini Ofis Saya

Salam,
Hari ini, mari kita lihat, apa ada atas meja saya. Dari kiri, kita dapat lihat ada segulung selotep, gunting, playar, spana hidup saiz 8", ragum, dan satu lagi spana hidup saiz12".  Ia akan bertugas mulai hari ini. Sapa-sapa yang rasa nk cabut gigi pon boleh datang sini. Perkhidmatan percuma di sediakan. Jika anda seorang yang hantar borang deploy jenis hari ni nak deploy, harini baru nk hantar borang pon di perlilakan untuk memilih peralatan di bawah. :D
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..

Posted by ShoZu

Wednesday, April 21, 2010

Barang baru di ofis kami.

Salam,

Ingat entri aku dulu pasal kami tidur di ofis beramai-ramai? sekarang, untuk meneruskan aktiviti kami itu, kami dah tak perlu risau tentang hiburan. Kalau dulu, Hiburan agak malap sebab projektor di larikan orang yang meeting di Melaka. Sekarang kami ada hiburan baru.

Memang. Kata orang, hiburan itu kadang melalaikan. tapi bila dah lalai, timbul lali. Bila dah lali, Maka kurang lah lalai. Kami boleh di katakan hampir seharian di ofis. Kerja, Main, tidur, makan malah mandi di ofis. Jadi, mengapa perlu pulang ke rumah?. Mengenangkan kami pekerja yang rajin, bos telah menghadiahkan kami..

..
..
..
..
..
.. 

Macam As-terok kan?
 Jangan Jeles... :D Korang tengok lah tv tu sampai lebam. Janji kerja tip-top macam k0m4nd3r. :D Muahahaha!

Friday, October 24, 2008

Hero

Cerita 1

Semalam aku sudah tidur, pukul 2.30 pagi. tiba2 telefon berbunyi, Mr. B rupanya. Tanpa aku sempat bertanya, dia berkata kami terkunci di ofis, lalu aku harus pergi membuka pintu ofis, jaraknya dari rumah 9.9KM, aku pergi. aku pergi demi rakan-rakanku. Aku jadi hero pukul 2.30 Pagi. 

Cerita 2

Aku sampai Ofis pukul 9.30 pagi. aku singah di tingkat 1 untuk mengajak kawan2 minum. Minum mesti mau ingat kawan2. Ada seorang wanita dari group KPMG turun ke tingkat 1.Tujuan nya untuk memfotostat sesuatu. Ku biarkan dia. tiba-tiba dia memanggilku, katanya fotostat berhenti berfungsi. aku pergi dengan lagak selamba, dan kutekan-tekan butang di mesin itu. Ia berhasil. Aku jadi hero pukul 10.30 pagi.