Salam, semalam post aku pasal aku tolong orang yang menjadi mangsa kemalangan jalanraya. Hari ni, Sekali lagi aku pulak menjadi mangsa langgar. tapi bukan langgar lari, ni langgar jatuh punya.
Ceritanya macam ni,
Memandangkan jam dah pukul 11 lebih akibat dari semalam lambat tidur kerana membantu pakcik yang kemalangan tu sampai ke hospital, aku jalan macam biasa ke opis. Sampai depan sekolah, depan sekolah ada traffic light, tiba-tiba ada seekor motor membujur lalu melintang patah depan aku. Depan aku pulak ada kereta Nissan Sentra yang juga dalam jalan beliau yang aku tak tahu arah tujuan nya. Penunggang motor mengelak Nissan, Tayar hadapan kena bontot Nissan, Penunggang hilang kawalan, aku dah lari ke kanan untuk mengelak motor tersebut. Motor pon makin ke kanan impak dari langgar bontot Nissan.
"Guk! Guk! GUk! Sreettt!!!"
Motor tersebut langgar kereta aku dan jatuh. Belakang kereta aku ada 2 biji lori dan BMW. Aku masuk ke tepi dan berhenti. Aku tinggalkan kereta dan lari membantu. Aku tiba agak lambat sebab aku dah terlajak kat depan. Sampai kat situ, pakcik BMW tengah soal siasat awek yang bawak motor. Van JPAM dan ambulan St. Johan ada kat belakang turut berhenti untuk tengok kecederaan. Aku terus tuju kepada Awek penumpang motor tu.
"Awak takda apa-apa? awak ok?" kata aku dengan riak-riak cemas dan ambil berat terhadap insan lemah bergelar awek.
Mata beliau tiba-tiba berair dan berat. Wajah ayu beliau yang nak marah kepada kawan yang bawak motor secara membutatuli tadi hilang.
"Huwaaa!! saya nak pergi kerja dah lambat dah ni nanti bos marah bos potong gaji saya macamana saya nak repair motor kalau gaji saya kena potong, abis duit klinik nak kira macamana?? Huwaaa!!" kata beliau di iringi esak tangis.
Hadoi yai.. Penyudahnya, aku suruh beliau pergi klinik berdekatan dan mintak MC. Itu je aku mampu buat. nak bagi duit, aku pon ade singgit je dalam poket. camno tu? nak ajak tumpang dia asik nangis. motor pon boleh jalan. Dah tu? ada sapa2 ada pengalaman eksiden camni?
PS: Bila benda ni jadi kat aku, aku teringat kat arwah. Agak2nya arwah dulu mungkin kena macamni, malangnya nasib tak baik sebab lori tu tak sempat nak brake. Al-fatihah untuk arwah Mohd Afdzal bin Fadzi,.
Showing posts with label Kemalangan. Show all posts
Showing posts with label Kemalangan. Show all posts
Thursday, October 21, 2010
Kemalangan Di Tempat Saya
Salam,
Ketika dalam perjalanan pulang dari tempat kerja tadi, lebih kurang pukul 11 malam, aku telah bertembung dengan sebuah kemalangan. Kemalangan tersebut melibatkan sebuah motor Modenas Elegan dan Proton Saga bukan BLM. Gambar-gambar berikut di ambil sebagai bukti sahaja tanpa niat lain.
Lelaki sebelah motor ni merupakan mangsa kemalangan. Ajaib, pakcik ni masih boleh melompat-lompat (Demi Allah aku tak tipu, pakcik tu lompat untuk memastikan kaki dia tak patah walaupon aku tak bagi pakcik tu buat camtu). Tengok keadaan motor beliau! Subhanallah!
Ni motor pakcik tersebut dari belakang pulak. Box motor? tercampak lagi depan dari kereta hampir 20 langkah dari kereta (Jauh tu.. ). Lagi terperanjat, Serpihan cermin depan motor (Kalau RXZ selalu di panggil ferring) ada kat depan kereta.
Kereta tu macamana pulak??
Jangan tak percaya, Ini lah kereta yang kena langgar tersebut. Dua orang bangsa Cina pakcik yang melanggar berbangsa Melayu. Berikut perbualan yang aku sendiri tak boleh lupakan.
Mr. Chin: Pakcik, macamana pakcik boleh langgar?
Tn. Hj: Entahlah, Mungkin saya mengantuk. Most probably, I lost control of the bike (Pakcik tu masih terduduk ketika ni).
Aku: Pakcik Ok? Teruk jugak keadaan pakcik ni.
Tn. Haji: Takda masalah, pakcik ok, sikit calar pon takda ni. Tengok. (Pakcik tu bangun dan terus lompat2).
Mr. Chin: Aiya! jangan lompat-lompat, nanti kalau ada patah susah woo.. Lu betul ka takda apa-apa? Where are you going aa??
Tn. Haji: Betul, I'm ok, Allah protect me. I helped Him, He promised He will help me.
Mr. Chin: Betul lah, you sudah langgar kereta, Motor pon sudah rosak teruk aa, tapi Allah still protect you. Tengok motor you, I pon tak percaya, I rasa, mungkin you sudah masuk bawah kereta punya, belakang, I tengok you ada tepi. Terima kasih Tuhan Allah.
Aku: Alhamdulillah pakcik selamat, Motor pakcik teruk betul. Tapi yang penting pakcik selamat. Pakcik dari mana tadi ni?
Tn Haji: Pakcik baru balik dari mengajar mengaji kat Masjid Shah Alam tadi.
Itulah lebih kurang cerita aku dengan eksiden tadi tu. Lepas tu, aku terus hantar pakcik tu pergi IPD Kajang dan aku baru balik sekarang tunggu pakcik tu buat report dan tunggu anak beliau datang ambik. Sekian laporan aku.
Subscribe to:
Posts (Atom)


