Showing posts with label BLM. Show all posts
Showing posts with label BLM. Show all posts

Thursday, October 21, 2010

Kemalangan Lagi.. Haihh!!

Salam, semalam post aku pasal aku tolong orang yang menjadi mangsa kemalangan jalanraya. Hari ni, Sekali lagi aku pulak menjadi mangsa langgar. tapi bukan langgar lari, ni langgar jatuh punya.

Ceritanya macam ni,
Memandangkan jam dah pukul 11 lebih akibat dari semalam lambat tidur kerana membantu pakcik yang kemalangan tu sampai ke hospital, aku jalan macam biasa ke opis. Sampai depan sekolah, depan sekolah ada traffic light, tiba-tiba ada seekor motor membujur lalu melintang patah depan aku. Depan aku pulak ada kereta Nissan Sentra yang juga dalam jalan beliau yang aku tak tahu arah tujuan nya. Penunggang motor mengelak Nissan, Tayar hadapan kena bontot Nissan, Penunggang hilang kawalan, aku dah lari ke kanan untuk mengelak motor tersebut. Motor pon makin ke kanan impak dari langgar bontot Nissan.

"Guk! Guk! GUk! Sreettt!!!"

Motor tersebut langgar kereta aku dan jatuh. Belakang kereta aku ada 2 biji lori dan BMW. Aku masuk ke tepi dan berhenti. Aku tinggalkan kereta dan lari membantu. Aku tiba agak lambat sebab aku dah terlajak kat depan. Sampai kat situ, pakcik BMW tengah soal siasat awek yang bawak motor. Van JPAM dan ambulan St. Johan ada kat belakang turut berhenti untuk tengok kecederaan. Aku terus tuju kepada Awek penumpang motor tu.

"Awak takda apa-apa? awak ok?" kata aku dengan riak-riak cemas dan ambil berat terhadap insan lemah bergelar awek.

Mata beliau tiba-tiba berair dan berat. Wajah ayu beliau yang nak marah kepada kawan yang bawak motor secara membutatuli tadi hilang.

"Huwaaa!! saya nak pergi kerja dah lambat dah ni nanti bos marah bos potong gaji saya macamana saya nak repair motor kalau gaji saya kena potong, abis duit klinik nak kira macamana?? Huwaaa!!" kata beliau di iringi esak tangis.

Hadoi yai.. Penyudahnya, aku suruh beliau pergi klinik berdekatan dan mintak MC. Itu je aku mampu buat. nak bagi duit, aku pon ade singgit je dalam poket. camno tu? nak ajak tumpang dia asik nangis. motor pon boleh jalan. Dah tu? ada sapa2 ada pengalaman eksiden camni?

PS: Bila benda ni jadi kat aku, aku teringat kat arwah. Agak2nya arwah dulu mungkin kena macamni, malangnya nasib tak baik sebab lori tu tak sempat nak brake. Al-fatihah untuk arwah Mohd Afdzal bin Fadzi,.

Wednesday, November 18, 2009

Best gilak ah ding dong!

Semalam 17 Nov, aku g sebis BLM aku kt tmn. Kajang Utama. Kedai yg di cadangkn oleh yus a.k.a sayatin. Nk cari kedai tu memang payah sikit. Aku rasa macam malas nak cari dah sebab aku cuma nak servis biasa je. Last2 aku kontek sayatin balik untuk tanye kedai tu.
Terletak di jalan tku 1/25, name bengkel: YAZ. Name tokey: encik Ali. Aku ckp nk servis biasa 50k. Die start kete aku, die cakap ada bunyi pelik "tik-tik-tik". Aku yakin IAFM aku ada problem. Aku mintak dia cek sekali. Dia cakap try flush enjin dulu, tgk ada problem bunyi lagi ke tak.
Ok, setle running engine for about 10 minutes, the flushing done. Bunyi tu pon dah xde dah. Save duit aku tak perlu tukar IAFM.
Untuk servis 50k, aku kene bayar RM 121, RM 79 minyak itam, RM 12 flush engine, RM 10 upah. Aku rase la, tak tengok resit pon tadi. Sebab terperanjat murah je. Heheh, kalu kat proton, mau kene ketuk dah.. Lepas sebis tadi, aku terus shoot g opis. Maklum lah dah pukul 11, tapi ada satu yg pelik. Aku tekan mcm biasa, tapi pergi dia tak macam biasa. Pergh! Ringan gila kete aku! Ape sudah jadi? Jalan yang biasa aku bwk @ 90km/h jadi 120km/h wah! Aku jadi pelik sendiri. Aku gi servis kereta ke pergi upgrade engine td? Hoho.
X lama pastu en. Ali call, die tanya soalan biasa la, amacam kete? Ok x? Budak buat ok x? Aku jawap.. "tip top" xsia2 aku hantar p bengkel ni. Berbaloi-baloi!. Sape-sape rasa nk servis kt sini sila kontek aku ya?
Posted by ShoZu

Tuesday, April 7, 2009

Barang Baekk...



Untuk pemilik2 SAGA, jika anda masih tercarik2 pelapik boot belakang, jika anda berasa tertekan dengan bunyik hentakan bonet akibat berat spoiler yang di pasang, jika anda merasakan bunyi bass anda sudah keluar dari bonet anda dan paling penting, jika anda merasakan boot kereta anda togel, mari2 dapatkan yang terhangat di pasaran. murah dan berkualiti. Hoho.. Pesanan boleh dibuat melalui Blog ini atau menghubungi ke direct line 012-980 6098. harga jangan risau. RM80 RM60 sahaja. sila tengok pic yang di sertakan ini. Boleh dipasang tanpa ragu2 walaupon bumper depan anda bengkok, walaupon sport rim anda dah 2x bertukar, walaupun absorber anda sudah x standard lagi. :D. x dilupakan, jika warna kereta anda grey, atau putih, jika anda sudah menambah brake lock, jika boot anda serupa store mydin, anda di alu2kan untuk memasang bende ini. Stok adalah terhad. dapatkan sekarang.

PS: Juga available untuk model persona.

Monday, November 24, 2008

Seperti di janjikan..

Macam yang aku dah janji dalam post lepas.. ni lah die gambar2 mase kitorang pergi bergambar utk majalah Putera ari tu.. tgk2.. belek2.. komen2..

p 6
Ada 34/2 Bijik kereta dan satu yg xsempat basuh sbb bangun lambat.


p 7
lagi 34/2 bijik kereta.


a 7
Sport Rims


a 9
spoilers


a 12
Ade satu keganjilan kat gambar nih.. perasan x saga nih cam panjang je? yg warne itam nih.. ape ko dah buat kat kete ko tu sekut? sekali tgk macam lancer dok sebelah evolution plak.. owner kete putih tu name apis.. sebenarnye die nye panda line.. tp dah tranform jadi sagalution..
lagi gamabr sile klik pada gambar tersebut..

Sunday, November 23, 2008

Keretaku masuk Majalah?

Aku xpasti.. tp sabtu lepas baru lepas pergi sesi bergambar bersama majalah putra.. xtau untuk keluaran bile.. yg x bestnye aku x sempat nk basuh kereta sblm amik gambar.. bak kate Ijat.. Hahaha.. aku sudah tobat!.. mane gambar2 nih.. xkan diorang x upload lagik.. hohhohoh. Lepas amik gambar ingat nk terus balik rumah, tp ade satu SMS dari encik Bos nk bg tiket free katenye. tiket utk ke A1. haha.. tp malangye xde org nk ikut aku pergi.. sume org bz.. biase lah skang kan musim org kawin.. soo ahad aku amat membosankan.. mengikut nasihat yg di berikan kepada cik azieda, aku pon datang lah ke opis.. haha...

Tuesday, October 28, 2008

Kon vs Mon

Kon adalah sekor makhluk dlm siri anime Bleach! 
Mon adalah makhluk bumbum merah yg berada dalam kereta saya.. 
Mon Menang!! yeehaa!!

Saturday, October 25, 2008

Hari Sabtu


Hari ini hari sabtu, semua orang bercuti, bersuka ria, tapi aku masih di opis. Iya, Kerja masih banyak belum siap. Sampai tahun depan pun kerja itu xkan siap. tapi aku datang kerana keseorangan di rumah, aku pandang dinding, dinding pandang aku. sudahnya aku ambil keputusan untuk keluar mengikut rentak sang hitam. sang hitam membawaku ke Opis. aku pandang meja, meja pandang aku.


Aku ke rumah Maybisz atas jemputan rumah terbuka tadi, kini aku sudah kenyang. rumah nya di tingkat 6. mujur aku makan banyak tadi, rugi kalau makan sikit, perjalanan naik turun tangga itu sudah habis separuh isi perutku. kini aku kembali ke opis. itulah cerita hari sabtu. :D

Friday, October 24, 2008

Gila-gila BLM

Gambar ramai2 ni kitorang amik sblm ambik gambar kereta. inilah warga prosboc yang sanggup datang memenuhkan ruang rumah shino. Thanks ek shino.. bile nk buat open house deepavali plak?

Credited to aril2332 for taking this pic. Ade 19 BLM Semuanya, tp yang hampehnye kereta aku xsempat nk basuh. Tambahan pulak dalam ramai2 warne Hitam sume pakat himpit aku pulak tu. sume pakat tanye ape warne kereta aku sbnrnye.
 

Dalam gambar itu

Dalam gambar itu, 
Aku lihat ada aku,
Dalam Gambar itu, 
Aku nampak aku bersembunyi,
Dalam gambar itu, 
Aku tengok ada bayang ku,
Dalam Gambar itu, 
Aku rasa kewujudanku..

Soalan: Gambar mana yg aku maksudkan?