Showing posts with label Taman Kajang Sentral. Show all posts
Showing posts with label Taman Kajang Sentral. Show all posts

Thursday, October 21, 2010

Kemalangan Di Tempat Saya


Salam,

Ketika dalam perjalanan pulang dari tempat kerja tadi, lebih kurang pukul 11 malam, aku telah bertembung dengan sebuah kemalangan. Kemalangan tersebut melibatkan sebuah motor Modenas Elegan dan Proton Saga bukan BLM. Gambar-gambar berikut di ambil sebagai bukti sahaja tanpa niat lain.



Lelaki sebelah motor ni merupakan mangsa kemalangan. Ajaib, pakcik ni masih boleh melompat-lompat (Demi Allah aku tak tipu, pakcik tu lompat untuk memastikan kaki dia tak patah walaupon aku tak bagi pakcik tu buat camtu). Tengok keadaan motor beliau! Subhanallah!
Ni motor pakcik tersebut dari belakang pulak. Box motor? tercampak lagi depan dari kereta hampir 20 langkah dari kereta (Jauh tu.. ). Lagi terperanjat, Serpihan cermin depan motor (Kalau RXZ selalu di panggil ferring) ada kat depan kereta.

Kereta tu macamana pulak??

Jangan tak percaya, Ini lah kereta yang kena langgar tersebut. Dua orang bangsa Cina pakcik yang melanggar berbangsa Melayu. Berikut perbualan yang aku sendiri tak boleh lupakan.

Mr. Chin: Pakcik, macamana pakcik boleh langgar?

Tn. Hj: Entahlah, Mungkin saya mengantuk. Most probably, I lost control of the bike (Pakcik tu masih terduduk ketika ni).

Aku: Pakcik Ok? Teruk jugak keadaan pakcik ni.

Tn. Haji: Takda masalah, pakcik ok, sikit calar pon takda ni. Tengok. (Pakcik tu bangun dan terus lompat2).

Mr. Chin: Aiya! jangan lompat-lompat, nanti kalau ada patah susah woo.. Lu betul ka takda apa-apa? Where are you going aa??

Tn. Haji: Betul,  I'm ok, Allah protect me. I helped Him, He promised He will help me.

Mr. Chin: Betul lah, you sudah langgar kereta, Motor pon sudah rosak teruk aa, tapi Allah still protect you. Tengok motor you, I pon tak percaya, I rasa, mungkin you sudah masuk bawah kereta punya, belakang, I tengok you ada tepi. Terima kasih Tuhan Allah. 

Aku: Alhamdulillah pakcik selamat, Motor pakcik teruk betul. Tapi yang penting pakcik selamat. Pakcik dari mana tadi ni?

Tn Haji: Pakcik baru balik dari mengajar mengaji kat Masjid Shah Alam tadi.

Itulah lebih kurang cerita aku dengan eksiden tadi tu. Lepas tu, aku terus hantar pakcik tu pergi IPD Kajang dan aku baru balik sekarang tunggu pakcik tu buat report dan tunggu anak beliau datang ambik. Sekian laporan aku. 


Posted by Picasa

Saturday, August 21, 2010

Celcom Penipu!!!

Salam,

Terasa cam kena tipu bila tengok gambar nih. Cuba korang tengok tuh, kalau tak nampak sila besarkan gambar tersebut. Napa aku rasa tertipu? sebab rumah aku berada dalam lingkungan 3G/HSDPA. tapi apa yang aku dapat bila balik rumah? Hampeh! only EDGE/GPRS kadang2 boleh drop sampai takda connection. Hampagas!

Monday, September 28, 2009

Udah Sampei!

Aku dah sampai kajang. nothing changed here. Kajang still jem lagi. Rumah macam biase lagik. Dah ramai orang dah pulang, x macam sebelum balik raye ari tu senang nk dapat parking, sekarang dah sesak balik. Ramai orang muka baru masuk lepas raya nih. ade gak kereta2 baru. Xde ke awek2 baru masuk? Rummah aku pon dah ade orang baru masuk gak. Hohoho.. so skarang dah 3 orang duk kat umah ni.

Friday, August 21, 2009

Bakar rumah selepas bunuh


SEORANG penduduk menunjukkan tempat mangsa
ditemui terbakar di sebuah flat di Kajang semalam.


KAJANG - Tindakan seorang lelaki yang membakar sebuah rumah flat untuk menutup rahsianya membunuh seorang wanita terbongkar dengan penemuan mayat dalam keadaan terikat di Kajang Sentral di sini semalam.

Kejadian pukul 3.30 pagi di tingkat tiga flat tersebut disedari oleh jiran mangsa yang terhidu bau busuk daripada asap yang keluar dari rumah pekerja salon tersebut sebelum menghubungi bomba.

A. Nancy, 35, ditemui dalam keadaan kedua-dua belah tangannya terikat dan kedua-dua belah kakinya hangus di atas tilam di ruang tamu rumahnya.

Difahamkan, mangsa yang telah bercerai itu tinggal bersendirian di situ sejak dua tahun lalu manakala dua anaknya menetap bersama suaminya di kawasan berhampiran.

Satu sumber memberitahu, tiga jam sebelum kejadian itu, jiran mangsa mendakwa melihat mangsa dan sempat berbual dengannya.

"Bagaimanapun, sejam selepas itu, dia ternampak seorang lelaki masuk ke dalam rumah tersebut sebelum terdengar bunyi bising seperti sedang bergaduh.

"Dia yang tidak menghiraukan perkara tersebut kemudiannya terus masuk tidur sebelum tersedar kerana terhidu bau asap dari rumah tersebut dua jam selepas itu,'' katanya di sini semalam.

Dia yang panik sebaik melihat rumah jirannya terbakar segera menghubungi bomba.

Tambahnya, sepanjang pengetahuannya, mangsa tidak mempunyai kekasih dan tidak pernah ada lelaki yang datang ke rumahnya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Shakaruddin Che Mood berkata, polis yang pada mulanya menyangka ia kebakaran biasa terkejut apabila dimaklumkan terdapat mayat dalam keadaan terikat di kedua-dua belah tangan.

Katanya, pihak berkuasa yang sampai di rumah tersebut mendapati pintunya tidak berkunci.

"Siasatan kita mendapati tiada kesan pecah masuk dan kemungkinan pembunuhan tersebut dilakukan oleh orang yang dikenali mangsa.

"Ketika ditemui, mayat mangsa berada di atas tilam di ruang tamu dengan kedua belah kakinya rentung tetapi badannya berada dalam keadaan sempurna,'' katanya.

Tambahnya, polis sedang menunggu laporan bedah siasat bagi mengetahui punca sebenar kematian mangsa.

Setakat ini polis masih belum membuat sebarang tangkapan dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya menghubungi polis Kajang di talian 03-87362222 bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.


Rumah orang nih satu blok dengan aku. Masa kejadian antara pukul 2am ke 3 am. Aku tengah pusing2 nk tidur. Dengar bunyik bising orang gaduh laki bini. Aku ingatkan mimpi sebab kebetulan tengah mimpi gaduh2 nih. gilak ah. bebetul gilak.