Monday, June 18, 2012

Geng Kacang Dah Masuk Ke Fasa Kedua…

*Post ke 500 dedikasikan untuk Geng kacang yang di sertai oleh kanak-kanak lelaki yang lahir pada tahun 1983M dan pernah berkecimpung dalam sebuah Projek IT bersama-sama saya.

Tarikh Tamat Tempoh Bujang: 2 Oktober 2010M / Selangor 

"Gom-Gom" dan Fida:
Gom-gom, bekas driver Geng Kacang. Ahli geng kacang lupakan kulit yang lahir bulan November. Mula perkenalan dengan Fida semasa aktiviti mendaki gunung. Paling awal dan memang awal menamatkan zaman bujang. Juga bertindak sebagai pembukak minda dan pembukak jalan pada Geng Kacang yang lain. Jadi driver memang kena pantas.





Tarikh Tamat Tempoh Bujang: 13 Januari 2012M / Negeri Sembilan 

"K0m4nd3r" dan Fatiha:
K0m4nd3r, masih setia dengan geng kacang. Pasangan geng kacang yang kedua menamatkan zaman bujang. Bertindak sebagai titik pertemuan ahli geng kacang yang mana akan jadi penyampai atau menyampaikan arahan kepada geng kacang yang lain (ahli geng kacang tak wajib ikut pon). Bertemu dengan Fatiha di Seremban 2. Jadi ketua tak semestinya kena kawin dulu.




Tarikh Tamat Tempoh Bujang: 12 May 2012M / Johor 
"Datok S" dan Noorazrina:
Datok S, ahli geng kacang yang paling tua dan paling kurang bercakap mengenai diri sendiri. Pasangan geng kacang yang ketiga menamatkan zaman bujang. Tiada maklumat di perolehi mengenai cara pertemuan dengan pasangan. Cuma yang di ketahui Azrina berasal dari Johor. Motto Datok S: Takpa, gua malas nak letak Motto. (Gambar tak available)












"Shaggy" dan Asfadila:
Tarikh Tamat Tempoh Bujang: 26 May 2012M / Johor 
Shaggy merupakan Bouncer geng kacang. Suka buli "Gom-Gom". Cara bertemu dengan Ard (Nama Panggilan Asfadila) tifak di ketahui, tapi K0m4nd3r terlibat dalam memberi idea kepada Shaggy bagaimana memenangi Hati Ard. Gom-Gom pula terlibat sebagai penghantar barang. Walaupun Shaggy bouncer geng kacang, tapi kisah cinta pasangan ini adalah sangat so shuwiitttt. Sebab sangat so shuwiittt, maka shaggy dinobatkan sebagai penamat zaman bujang official bagi geng kacang. Kata beliau: Gua lelaki manja, Problem Officer?
(Gambar updated)

Gambar Bonus Hari Ini:


v
v
v
v
v





Shaggy. ;D



Tamat sudah cerita Zaman bujang geng Kacang. Mungkin akan ada sambungan geng kacang Junior? Sama-sama kita tunggu dan doa. Saya bagi pihak Semua ahli geng kacang ingin merakamkan ucapan terima kasih tidak terhingga kepada semua yang hadir dan mengaminkan doa di majlis-majlis kami. Kami geng kacang juga ingin memohon maaf andai ada terlebih dan terkurang sepanjang majlis berlansung.


5 comments:

Unknown said...

Haha.. Gom-gom dah bagi komen.. Kalau ada nak tambah kat bahagian ucapan sila update komen anda.. :D

Unknown said...

Manje bukan sbrg manje haha....coolest posting dude

Unknown said...

Manje bukan sbrg manje haha....coolest posting dude

Unknown said...

Tiha cakap: Shah & Ard, memang manja. Lagi satu, Ard sangat cantek, macam RCW!

-rj- said...

Surely the coolest..huhu