Monday, May 7, 2012

13 Tanda-tanda Besar PRU13

1. Bendera di naikkan merata-rata
2. Media Arus Perdana Kutuk PR
3. Media alternatif kutuk BN
4. PR dan BN dok buat rally dan ceramah sana-sini ada pula ada perhimpunan nak tuntut pilihanraya bersih la, ada perhimpunan suruh orang yang berhimpun jangan berhimpun lah.
5. Para YB tunjuk muka suci tanpa dosa malah ada muka baru balik haji.
6. Rumah bomoh di penuhi kereta mewah
7. Banner/signboard/billboard baru di naikkan.
8. Jalan rosak di betulkan yang tak rosak di tambah.
9. Cybertrooper anonymous makin banyak menyokong kedua-dua pihak sambil maki pihak yang satu lagi. Kalau tak anon pon pakai fake account.
10. Media pengampu mula buat aktiviti karnival untuk calon tertentu.
11. Fitnah berleluasa di samping bukti-bukti kadang-kadang dengan fakta kadang-kadang auta.
12. Kalau bukti yang di sediakan tak cukup kuat, heret pulak saudara-mara terdekat YB yang di jangka bertanding.
13. Majlis2 rakyat Malaysia di hiasi dengan tema politik (merah putih/hijau putih/biru merah) kadang-kadang yb sponsor lembu lagi.

No comments: