Tuesday, April 24, 2012

Borak-borak PRU13

"Kau ikut perkembangan politik sekarang?" Tanya Khirul spontan tatkala melihat aku sedang membaca blog dengan menggunakan Nokia E7 kesayangan.

Kebetulan aku sedang membaca blog Tukar Tayar dan Mama Gomok cereka politik paling gah di dunia cyber ketika itu.

Dengan tenang aku bertanya balik pada khirul, "Kenapa? Ada cerita panas kah?". Sangkaanku, Khirul ingin menguji taat setiaku pada parti.

"Tiada apa, cuma aku ingin sangat PRU13 di adakan secepat mungkin." Khirul jawap sambil meneguk Ice Lemon Tea Al-Rayyan.

"Mengapa begitu? Kau tidak tahu keadaan politik sekarang? Penuh dengan skandal itu dan ini. Penat PM kesayangan kita memberi penerangan di sana sini. Tak cukup dengan itu, Di adakan pula macam-macam program untuk memenuhi kehendak rakyat? kau bukan tak tahu, orang lain ada PM atau presiden atau sultan sebagai ketua negeri, kita ada SUPER PM?. Itu pun orang masih memfitnah dan mencerca beliau." Aku berhenti seketika menghirup minuman.

"Lagipun, apa yang ada pada Parti lagi satu? Hanya tahu berjanji. apa yang dapat? air percuma di negeri tertentu? Pemberian tanah beberapa ribu ekar pada orang Melayu di negeri tertentu sebelum Kita dapat rampas kembali. Membantah Projek Nadir Bumi, Menghasut orang ramai supaya membersihkan pilihanraya. Eh, kau tak tahu ke? Pengarah suruhanjaya berkaitan pilihanraya dah umumkan, Pilihanraya kita adalah yang paling bersih di dunia. Kalau tak bersih, Macamana boleh menang di 5 buah negeri di Malaysia ini?" Bentak aku sambil khirul menyapu muka yang terkena tempias bicara aku tadi.

"Mereka tu hanya pandai cari salah kita sahaja. Bukti demi bukti yang mereka keluarkan, macam susah untuk pihak kerajaan tangkis. Tambahan pula, bukti itu di sertakan dengan fakta dan salinan resit yang entah dari mana mereka perolehi. Ini membuktikan mereka tak ada kerja lain selain memberitahu perkara sebenar kepada rakyat dan ini kelak menyusahkan parti yang aku sayangi ini.". Tegas nada suara aku dalam hal ini menyebabkan khirul tak berupaya membalas.

"Jadi Khirul, kau sudah tahu parti politik mana yang akan kau pilih masa PRU 13 nanti?" Soal aku kembali.

"Belum" ringkas jawapan Khirul menyebabkan aku tersentak.

"Mengapa?.  Tidak cukupkah hujah dan fakta yang aku berikan tadi?" Soal aku penuh minat ingin tahu.

"Bukan, yang sebenarnya, aku belum daftar mengundi lagi" Jawap Khirul selamba sambil membayar harga makanan berserta GST 6% yang di cajkan dalam bil semasa makan di restoran Al-Rayyan meninggalkan aku yang terkebil-kebil seorang diri di troll oleh Khirul.

No comments: