Petang itu kami bercadang untuk ke param di Putrajaya. Isteri nak makan Ayam Gunting katanya. Lagipun ada duit terpijak tadi. Kami bersiap dan terus pergi. Perkara pelik yang pertama kami alami, ketika dalam perjalanan. Perjalanan mengambil masa kurang dari 2 minit walaupun kenderaan yang banyak. Seolah-olah semua kenderaan telah di lorongkan ke sana. Semua kereta parking dengan teratur. Kami tak pelik dengan keadaan itu, memang kebanyakan permastautin di sini merupakan penjawat awam yang berdisiplin. Terutama dalam urusan parking kereta. Anda tidak akan menghadapi masalah parking di Putrajaya. Itu hakikat.
Sampai sahaja dalam kawasan khemah Pasar Ramadhan, keadaan semakin pelik. Peniaga menawarkan harga barangan yang hampir 50% kurang dari tempat lain. Malahan ada yang bersungguh-sungguh ingin memberikan makanan percuma. Aku semakin hairan di mana aku berada sekarang. Pasar Ramadhan biasanya tempat peniaga kaut untung berlipat kali ganda, tapi di sini ia sebaliknya. Mungkin hikmah Ramadhan semakin menyinar di bawah pimpinan kerajaan 1 Malaysia yang menepati janji dan mengelakkan janji kosong?. Hmm, segalanya mungkin.
Selesai membeli belah, aku mengajak isteri aku pulang. Di luar kawasan Bazaar Ramadhan, bendera Dacing berkibar megah. Aku berdiri bangga di sebelah bendera tersebut sambil memakai baju "Saya Pilih Malaysia!" yang aku dapat dari pasar tadi. Isteri aku sempat mengambil gambar. Sampai di kereta, kami dapat jemputan berbuka puasa undangan Menteri Putrajaya. Makanan percuma disediakan. Ahh, alangkah bagusnya. Kami membatalkan hasrat untuk berbuka puasa di rumah, enjin kereta di hidupkan dan menuju ke tempat yang di nyatakan dalam flyers tadi. Radio di pasang. Lagu janji di tepati berkumandang.
Kedai rakyat 1Malaysia, Tr1ma, Br1m, semua tanda janji kerajaan ditepati berulangkali di sebut dalam bait lagu tersebut. Hati aku terus berkobar-kobar untuk mengundi dalam PRU13 apabila terdengar rangkap "Janji sudah ditepati, kini masa balas budi". Iya, tahun ini aku akan balas budi! Aku membulatkan tekad! Saya pilih mengundi. Aku pegang bahu isteriku, kita mesti mengundi tahun ini! Iya! Orang berbaju biru yang muncul entah dari mana menari-nari di keliling kereta kami. "Membalas budi", itu tekad kami.
Allahuakbar Allahuakbar!
*poof*
Aku terjaga. Azan asar berkumandang. Orang berpakaian biru yang menari di sekeliling kereta kami hilang. Yang tinggal hanya lagu janji ditepati yang berkumandang melalui pembesar suara telefon bimbit menunjukkan ada panggilan dari boss yang berada di puchong mengajak aku berbuka puasa. Isteri aku masih di dapur sedang menyediakan jemput2 bawang tanam sendiri untuk juadah berbuka kami. Badan aku berpeluh-peluh macam baru lepas menari. Ahh, tidur petang di bulan Ramadhan memang mengerikan.

No comments:
Post a Comment