Saturday, January 1, 2011

Hari Pertama Tahun Ke-3.

Salam.
Hari ni tahun pertama tahun ke-3 Sang Hitam. BLM kebanggaan proton.
Best compact car kata proton. Best? Best lah sangat. Hahaha!

Kalau baca kat mana-mana, orang yang kutuk BLM adalah orang yang tak
pakai BLM. Ni aku sebagai seorang pembeli BLM nak cerita.

Mula-mula dulu orang heboh pasal bunyi IAFM yang bising. Aku malas nak
amik port pasal bunyi-bunyian tersebut. Lepas 2,3 kali report kat
pusat servis PROTON yang SAH di SENAWANG masih tiada perubahan, aku
malas nak hantar kt SC Proton lagi. Mahal pon mahal.

Masalah kedua, tingkap. Saga FL ada 4 tingkap letrik. Saga aku ada 2.
Kalau tingkap aku yang ada 2 suiz pon problem, bayangkan kalau ada 4.
Haha. No, seriously, kalau dalam keadaan emergrency, camna nak bukak
tingkap? Masa-masa macam tu aku salute kat mereka yang kekalkan gaya
sekolah lama. Saya putar Halim! Gerenti xda masalah tingkap sangkut.
Masalah ni pon aku dah utarakan dekat certified SC kat SENAWANG. Dan
mereka cakap, not covered by warranty sebab dah lebih 40K kot masa tu.
Dayyum!

Dan hari ni, first day of third year. Cuba korang tengok gambar yang
aku letak. Cuba bayangkan masa-masa emergency. Masa nak balik dari
opis pukul 2, 3 pagi. Masa yang penting untuk bukak pintu dengan
pantas. Tambah-tambah plak orang yang menjadi sasaran mudah
penjenayah. Buat nya tengah kelam kabut tu tercabut benda tu macam
dalam filem orang putih camna? Apa nak jadik?

Camnilah. Aku rasa masalah pasal kualiti ni dah berbuih mulut rakyat
1Malaysia cakap. #HarimauMalaya dah gah di #AFFSuzukicup. #Proton pon
kena gah lah. Jangan sampai #proton hanya dikenali sebab kualiti
rendah.

4 comments:

rr said...

nnt #jl kenen kete lain plak.. hoho

k0m4nd3r said...

Kenen kenen la udeng.. Lombu patah tanduk.

nazri said...

aduh ..
tak tau nk cakap apa2.. bek pakai city je la bang fahmi ye

k0m4nd3r said...

Naz, aku da ganti door handle tu. RM36. Yoshi pon kene benda sama. pastu aku pon ganti suis tingkap tu. IAFM pon ganti gak. Masalah paling bahaya sekali ialah brek. Aku kena macam brek ko dulu, dah brek xmo lepas, cengkam terus. Tu pon da ganti gak. Bila aku tanya kat mekanik tu, bleh plak dia cakap, biasa lah bang, Proton. So, amacam?