Wednesday, December 29, 2010

Kembara Lang Surya Edisi Sepakbola

Idea Asal: Masdalifazlie M. Saaid

Sang Geroda terbang tinggi membelah angkasa. Cempaka Suri masih mengharapkan keajaiban berlaku  ketika ini.Suasana di pulau Kenchanapura yang tadi gamat bagai guntur membelah angkasa senyap sunyi secara tiba-tiba. Rimau Seru mempamirkan kehandalan pencak silatnya yang tidak terlawan. Sang Geroda mempamerkan aksi pertarungan sebaik mungkin.

Imbas kembali,

Dulu di tempat tanah tumpah darah Rimau Seru, Sang Geroda telah di malukan. Tiga jurus yang di berikan oleh Rimau Seru kepada Sang Geroda cukup menyakitkan hati. Lantas "Hikmat Pancaran Api Hijau" ke mata yang menjadi alasan kekalahan Sang Geroda. Kini, segalanya harus di mulakan kembali. Pertemuan di tempat sendiri. Ini seharusnya menjadi satu kelebihan kepada Sang Geroda. Maruah mesti di kembalikan.

Tamat imbas Kembali.


Malam ini penentuan segalanya. Dendam pasti terbalas. Tapi Rimau Seru atau namanya Harimau Malaya bagaai tidak mungkin di tewaskan. Sekurang-kurangnya Geroda mesti memiliki kelebihan 4 buah tangan untuk bergelar juara. Sama ada di padang sendiri atau di arena antabangsa. Geroda kini sudah bersedia. Harimau Malaya mesti di ajar. Kehadiran Puteri Kenanga Mulya umpama pembakar semangat Rimau Seru. Dan Cempaka Suri sebagai lawan nya.

Semoga berjaya Harimau Malaya!!

6 comments:

Masdalifadzlie M Saaid said...

banyak la ko idea asal aku. aku pencipta watak je.. hahaha

k0m4nd3r said...

X sama ke tu? Buahahahahaha!! yang penting 4 - 2!

xara said...

woh.. ni boleh masuk sebagai karya peminat dalam buku duyung pulau kenchana nanti.. ekeke

k0m4nd3r said...

Haha, tak perasan lak komen kak suri. Kak suri, fazlie dah siap buku beliau. kak suri bila lagi? Hehehehe

k0m4nd3r said...

woh.. ni boleh masuk sebagai karya peminat dalam buku duyung pulau kenchana nanti.. ekeke

k0m4nd3r said...

banyak la ko idea asal aku. aku pencipta watak je.. hahaha