Thursday, December 23, 2010

Kau Tau Apa Itu Sakit Hati?

Apa itu sakit hati? salah satu dari sakit hati ialah Hepatits. Kalau Hepatits, sori lah beb, tak dapat aku nk terangkan apa benda tu. Mintak simpang lah dari kena benda-benda macam tu. tapi sakit hati yang aku nak terangkan hari ni, pasal sakit hati dengan keadaan.

Mula sejak bila tah, kena start bayar parking kat area kawasan tempat kerja aku nih. Ok lah ada lot kosong boleh parking kat belakang. Tapi dasar iri hati kedekut tahi hidung masin macam aku cerita dalam entry terdahulu, makanya, kami tak boleh lagi parking kat situ.

Long story cut short, Setakat ni, dah 2 kali kena saman dengan Voldermot. Untuk elakkan kena saman lagi, aku letak tiket parking banyak-banyak atas dashboard. Biar diorang nampak sikit berapa banyak kertas di bazirkan untuk buat benda parking tu.

To put up the heat, hari ni macam biasa, bayar parking. di sebabkan aku beli Nasi lemak sebelum masuk kerja jadi ada duit syiling terlebih yang bisa bikin kantung simpan handphone, syiling, lighter, Bluetooth Earphone, tiket wayang, gula-gula, black pepper McD barang aku koyak. So aku ingat, hari ni aku nak bayar parking ikut kemampuan lah kan. Biasa lah, aku memang rajin menabung kat kotak biru tu. Bila aku dah bayar macam biasa, tekan nombor macam biasa dan tunggu macam biasa ada satu benda yang luar biasa berlaku. Ini mesin memang sengaja carik gaduh.

Biasanya, tiket keluar bila aku tekan cetak. Ini bukan Sistem Pendaftaran Pengguna Portal yang aku buat boleh ada pilihan untuk cetak atau tak. Ini butang cetak wajib di tekan sebagai bukti aku dah bayar. Masalahnya bila tekan CETAK, keluar arahan "sILA TUNGGU SEHINGGA TIKET DICETAK". 5 saat tunggu, tak keluar, 25 saat tunggu tak keluar. 10 minit tunggu tak keluar jugak! bladihel! boleh jadi terlebih vitamin D aku tunggu bawah sinaran mentari pagi nih.

Mesin ni mesti ikut cakap Dr. Motivasi yang cakap jadikan hari anda sesuatu yang luar biasa berbanding hari hari biasa. Ini lah jadinya bila ikut secara membuta tuli. Boleh bikin sakit hati terlebih woo..

4 comments:

Xara said...

oo.. mesin kat tempat bas tu dah biasa merasa penumbuk saya. sebab kes-kes begitu la.

Unknown said...

Haha, betul punya sakit ati tu.. :D

nurul azida ahmad said...

td zida bayar parking kat depan tu ok je :D

Unknown said...

Oops.. update: Pukul 1 tadi ada orang bayarkan parking and letak kan dekat wiper. Baik sungguh orang tersebut..