Thursday, December 23, 2010

Hantu Kak Limah Balik Rumah

Bila hantu Kak Limah balik rumah? Abis kubur Kak Limah sapa yang jaga? jangan bimbang, jangan bimbang. Ini tajuk filem Melayu baru arahan Pakcik Mamat Khalid. Sebab apa pakcik? sebab aku muda lagi, takkan nak panggil Abang Mamat Khalid pulak. Tak rock langsung kata orang.

Ni ha poster filem cilok dari Murai.com.my
Antara cerita Melayu yang berjaya buat aku ke panggung.Sejak terkena masa tengok Jangan Pandang Belakang, aku macam fikir dua-tiga kali gak kalau nak pergi tengok cerita Melayu kat wayang. Yup, aku orang melayu, tapi tak bermakna aku kena tengok cerita Melayu sahaja seadanya. Lagipon kalau nak tengok cerita Melayu je, takde guna kerajaan dok bising-bising pasal PPSMI ye dak? bak kata abang Ucop tangan sotong dalam cerita tu

"Tu lah masa sekolah lari, tak ambik PPSMI kan dah bengap" Hahaha.

Anyway, walaupon cerita nih cerita lawak, tapi banyak lawak-lawak membina dari Pakcik nih.Ada je bahan dari mula awal cerita aku sangkakan kedatangan UFO yang buatkan Kak Limah jadi hantu. tapi bukan, abis apa yang bikin Kak Limah Jadi hantu? tengok lah sendiri. :) takkan pisang pon aku nak kena suap kot?.

babak yang paling-paling pelik ada banyak. Antara yang aku ingat:

1. Bababak masa hantu Kak Limah kena tembak, aku pelik kenapa aku sorang gelak tapi orang lain semua tak gelak tapi terperanjat. Dayyum!

2. Babak ramai-ramai lari bila nampak mayat dalam rumah Kak Limah. Orang semua gelak, tapi bukan aku. yang ni kurang pelik sebab aku tau kenapa aku tak gelak. Aku dok fikir (baca: terbayang) dalam cerita hantu orang putih (baca: Supernatural) diorang jumpa mayat, mesti mau bakar. Sebab aku tengah tengok cerita ringan sambil berfikir, maka aku kurang fokus untuk gelak.

3. bab semua orang tak gelak tapi pelakon lelaki anak kak limah gelak sorang sorang. Semua orang pelik sebab apa mamat tersebut menggelakkan diri sendiri. Kalau korang nak rasa pelik gak, sila tengok cerita ni.

Bintang? 4.5/5 sebab perut aku kejang masa keluar panggung.

Akhir kata? layannnnnsss...

2 comments:

wafixx said...

kiro bes la crito ne yo? xheran la mnajng ponoh pnaggung jo

k0m4nd3r said...

Ok la, bulih tahan kojang poghut gak maso nonton tuh..