Friday, December 24, 2010

Bila Troll Mengamuk, Butcher Jadi Apa?

"Tuan, sila hadir ke pejabat pada 10.47am. Ada mesyuarat gempar".
Ringkas arahan dari bos aku dalam SPR (Sistem Pesanan Ringkas, SMS)
yang aku baru terima. Aku bingkas bangun. Biasa kalau dah Bos panggil
aku tuan, ada hal penting yang berlaku. Itu lumrah kerja sebagai
seorang adiwiraperkasa. Perkara-perkara kecemasan memang tak boleh elak.

Selesai mandi pagi yang sempurna, aku pilih pakaian paling smart untuk
ke pejabat. Kalau ada meeting, takkan nak pakai baju kemeja semalam
pulak kan. Aku capai tshirt belang biru Nike. Tiha cakap aku nampak
smart kalau pakai baju ni. Lagi pun perempuan suka orang pakai baju
biru belang-belang. Bisik hati kecilku.

Kereta Bat Mobile aku di hidupkan. Hampir hangus pagar besi apartmen
mewah Kajang bila kena semburan api jet dari belakang kereta tu. Aku
dengan tenang tunggu enjin panas sambil pakai gel rambut sebab tak
sempat pakai tadi. Lagi pun rambut spike kena lah pakai gel baik
punya. Tak boleh gopoh.

Dalam perjalanan jarak 16 Km aku bawak slow tak sampai 110km/h.
Tingkap di buka untuk menambahkan ketegakan rambut aku. Awek jaga tol
hari ni namanya Misya, duit tol berserta ucapan salam ku di sambut
dengan senyum manis Misya. Dengan lesung pipit ala-ala kucing siam
bukan senang-senang dia nak mengorat aku. Sori lah babe, I'm taken da.
Sampai di putrajaya, usai meletakkan kereta, satu lagi SPR masuk. Juga dari bos.

"Cepat, dah 10.45am. Parking kereta ke buang air besar lama sangat?".

Aku mempercepatkan langkah. Di tengah jalan, 2, 3 orang awek hampir
pengsan melihat gaya aku mengambil perkakas aku di boot kereta. Tapi,
again aku cakap, bolayan semua tu, aku ada tanggungjawap lebih besar
lagi.

Sampai di meja mesyuarat, bos memberi arahan,

"Buka laptop, semua orang dah cukup. Host pun dah sampai, saya
serahkan tugas seterusnya kepada host".

Ah sudah, host apa pulak ni? Aku serabut. Muka masing-masing khusyuk
menghadap monitor masing-masing. Pandangan mereka tak berkedip sedikit
pon. Aku jadi gelabah tiba-tiba.

"Host apa ni bos? Tiba tiba je?"

soal aku yang naif amat.

"host apa lagi, Host dota lah, Troll aku dah lama tak mengamuk ni" ujar bos dengan muka serius.

pling! Aku terjaga. Dayum! Dah pukul 9.30pagi. Aku masih di bilik.
Adoi! Tak suka betul mimpi tak habis macam ni. Huhu!

4 comments:

StingRay said...

Tu dia belum tengok tarabas mengamuk lagi tu.

Haaaaaaaaaaaaaa..

Xara said...

memula tu rasa mcm mimpi dah.. tapi terbaca juga sampai habis. hampeh.

Siti Mas Hidayu said...

hahahhaa aigooo mimi ni klakar la...hakhakhak excited bace tadi

Unknown said...

Hahahahadi: ko main .A lagi x? mai la Putrajaya. Ala ape ade hal, pas swimming pon leh. Ni sume pasal bace blog ko lah ni aku dah terikut cara penulisan ko da.. haha

kak suri: Haha, jangan marah aa.. boleh jadi penulis cerpen x?

Apple yuyu: ni semua hanya mimpi.. Mimpi mmg la excited. :D