Monday, December 27, 2010

Harimau Makan Garuda

Berakhir sudah perlawanan antara Malaysia dengan Indonesia di Stadium
Nasional Bukit Jalil tadi. Aku tak pergi tengok pon. Niat di hati
memang ada. Tapi, apakan daya kemarau panjang. Jadi nya tengok kat tv
aja lah.

Mula-mula agak hambar jugak. Macam permainan masa lawan dengan Vietnam
hari tu aja. Kuna tak habis-habis teknik jatuhan badan. Separuh masa
pertama bagi aku tak ada apa yang nak di ceritakan sangat pun.

Mula sepak untuk separuh masa kedua, permainan mula nampak agak
garang. Pemain Malaysia mengganas dengan semangat berkobar-kobar.
Sepakan percuma di berikan kepada pasukan Malaysia dekat dengan gawang
gol. Tetapi di lengahkan oleh Markus penjaga gol Indonesia. Katanya
matanya di tembak Laser. Perlawanan terhenti hampir 5 minit. Hinggakan
Sultan terpaksa mencemar duli untuk turun dari kerusi VIP.

Ketika perlawanan di sambung semula, penjaga gol Indonesia macam dah
hilang deria penglihatan jadinya. Bola leret tiba-tiba boleh masuk
gol. Jadi dol pertama buat Malaysia.

Tidak lama selepas gol pertama, semangat juang Malaysia makin kuat.
Walaupun pada mulanya macam bola hampir keluar, tapi skil main bola
atas garisan Norshahrul Idlan memang macam tiada tandingan. Sekali
pandang skil dia macam budak-budak sekarang menari shuffle. Bayangkan,
tiga orang pemain Indonesia boleh terlepas kawalan. Atas kealpaan itu,
gol kedua berjaya di ledakkan.

Cuma gol ketiga aku terlepas pandang. Jangan salahkan aku, aku sama
macam hampir 1/3 peminat bola Malaysia yang tengok bola sambil update
status facebook atau update blog. Kalau anda rasa anda tau macamana
gol ketiga, sila bagitau aku. Haha.

Perlawanan berkesudahan macam ramalan dalam tv. 3-0. Dah semestinya
akan ada orang yang boleh tidur senyum atau sekurang-kurangnya cakap

" Aku dah agak dah Malaysia memang boleh pergi punya. Tengok! 3-0 beb!".

Dan semestinya jugak, adat bila menang, pasukan Malaysia di julang
tinggi tajuk utama dada-dada akhbar mainstream Malaysia besok.

Apa-apa pon, tahniah di ucapkan kepada pasukan Malaysia. Kepada
penembak laser tu, anda memang bingai. Tak pasal-pasal pasukan
Malaysia kena kutuk. Dan banyak gambar impose boleh di lihat di
Internet. Siap jadi trending twitter lagi. Dayyum!

No comments: