Wednesday, September 29, 2010

Subjek berat

Masa balik tadi, aku balik sorang. Bila sorang2, mula rasa nak sampai
rumah dengan kelajuan cahaya. Walaupun kereta BLM 1.3 takde turbo
built in, kalau setakat MyVi nak bercinta tengah jalan memang tapau
lah. Sampai depan masjid uniten, MyVi terrsebut mungkin tersentak
dengan bunyi enjin sepoi2 bahasa Melayu baku aku. Hajat nak potong
kiri terpaksa ditunda.

Bayangkan BLM 1.3 baru nak dapat pikap tiba-tiba kena brek pada
kelajuan 60km/j. MyVi tiba-tiba tukar lane. Aku cuma boleh tawakal dan
redah la dari aku brek dan kena sondol, baik aku tekan minyak kasi
lajak lagi. Iswara VR4 belakang aku pon cargas stay lane paling kanan.
myvi tersepit di tengah.

Dalam pada nak elak MyVi dari hentam aku atau Iswara VR4, aku side ke
kiri sikit lagi.
"Dam!"
bunyi sport rim15 aku terlanggar sesuatu. Elok aku dah lepas MyVi
bercinta tadi. Iswara VR4 dah tak kelihatan. Tinggal asap je. Aku
terus ambik side tengah balik, MyVi baru belajar nak ambik line paling
kiri bagi driver slow.

Ada satu selkoh di hadapan. Aku tak menjangkakan apa-apa impak dari
perlanggaran tadi. Tengah syok layan korner sambil beristighfar mintak
jauh dari perkara buruk, tiba-tiba rasa macam dinding penghadang
flyover makin rapat ke kiri.

Sah!. Memang sah tayar aku pancit akibat langgar penutup lurang tadi.
Hadoi! Benda-benda macam ni memang berat bagi otak seorang programmer
cum dba cum s.E macam aku.

Persoalan teka teki: adakah kereta aku akan berjalan setelah aku tukar
tayar spare 13/75 besok? Sila berikan pendapat anda di ruang komen.
Tq.

--
Sent from my mobile device

<c:out>MF</c:out>

2 comments:

StingRay said...

"programmer cum dba cum s.E"

Ni cum inside ke...outside?

HAHAHAHHAA..

wafixx said...

ko kne tukar tayar & tukar sekali penutup ruang yg ko lnggar tadi! hwhahawawh