Thursday, September 30, 2010

Pilihan

Duit RM20 aku genggam kemas di tangan. Barisan orang di hadapan
semakin menyusut. Sebentar lagi dia akan memanggil aku. Aku harus
bersedia dengan pilihan aku. Semua macam sedap. Semua macam menarik.
Terutama benda yang aku hanya boleh lakukan sekali dalam sebulan
(kalau takda aral melintang).

"Next!"

laung dia. Aku nekad dengan pilihan aku. Kali ni aku pastikan agar tak
tersalah pilih. Pengalaman kali terakhir betul-betul menjadi
pengajaran. Kali ini aku mesti tak tersalah. Peluh dingin mengalir di
dahi.

"Kak, Resident Evil 4: Afterlife 3. Seat tengah ye?".
kataku dengan tenang. Akak kaunter pantas tekan butang sambil jeling
geram sebab aku panggil dia kakak.

Fuh! Tengok wayang sekarang bukan benda main-main. Tak kena gaya boleh
kena gout sebab salah tengok cerita.

--
Sent from my mobile device

<c:out>MF</c:out>

2 comments:

xara said...

best ka resident evil? minggu lepas nak beli resident evil, tapi penuh. so pergi tengok cats & dog.

hang kena gout sebab tengok 4 madu ka? ekeke

k0m4nd3r said...

Agak kecewa skit nak banding dengan RE 1, RE 2, RE 3, Tapi Ending dia paling best. Hahaha... Nasihat saya, jangan berganjak walaupon dia dah tunjuk credit. ada surprise macam biasa. yang penting, mamat pakai spek umbrella Corp tu memang somebody. Tp pengarah exaggerate dia terlebih sangat plak.