Tuesday, July 6, 2010

Kali ni kalau suruh tukar jugak..

Salam,

Korang nak tau? Aku penat sekarang ni tau? penat sangat-sangat. sebab apa aku penat? sebab aku kena buat benda sama banyak-banyak kali. Cuba kawan-kawan bayangkan, kalau kena buat satu-satu benda tu banyak kali. dan setiap kali tu ada je masalahnya yang bukan datang dari diri sendiri. Mesti korang bengang kan? Apa yang jadi kat aku nih, baik lah korang jadikan iktibar supaya tak terjebak.

Sebab aku sibuk dan tak berapa boleh nak cerita panjang, aku pendekkan cerita. Ceritanya camni,

Seperti yang korang tau, handset aku hilang lebih kurang sebulan lepas di Kelantan. Aku tak cakap lah orang kelantan yang akan ambik telefon tuh, sapa-sapa pon kalau jumpa telefon mesti akan ambik kan? ada niat ke takda niat nak pulangkan ke tu belakang cerita lah. Aku nih sendiri dah 4 kali jumpa telefon, semuanya aku ambik. tapi aku pulangkan balik lah.

Hari Isnin, kebetulan aku terpaksa EL sebab kereta aku rosak dan aku takleh nk pulang ke Putrajaya dari Hometown aku, maka aku ambik kesempatan untuk pergi Celcom dengan niat menggantikan kembali Nombor yang hilang. Malangnya, Nombor telefon aku atas nama perempuan comel yang tersebut. Makanya, aku takleh nak ganti. (Apa kes plak nih? padahal sebelum nih orang register nama aku untuk guna line celcom pakai sampai seribu boleh plak, nih aku nak hidupkan nombor phone aku sendiri pulak yang susah? Haih! )

Minggu berikutnya, ada lah kesempatan untuk menukar simkad yang hilang. Tapi bukan di hometown, aku pergi ke kajang. Nasib baik dekat sikit. Dengan berbekalkan salinan IC perempuan comel tersebut yang aku dapatkan dengan berhemah dan lemah lembut, aku dapat lah simkad tersebut. Perempuan kat kaunter tu cakap, dalam masa 24jam dah bleh call dah. Aku tanya, ada bil tertunggak tak? kalau ada, aku nak bayar terus sebab malas berulang kali pergi celcom centre. Pompuan tersebut cakap, tak boleh semak sebab simkad tersebut masih tergantung status pengesahan (Pending) Ok lah kata aku.

Aku pon masuk opis dengan semangat lain macam untuk berkerja. Dalam pukul 6 lebih, tengah syok-syok balun kerja aku, tiba-tiba ada orang telefon. Dia cakap, aku kena datang semula ke celcom centre tersebut sebab simcard yang dia bagi tu salah. Aku tengok balik simcard tersebut, rupanya memang salah, sebab dia bagi simcard untuk prepaid. sedangkan simcard aku postpaid. Tapiruding sungguh. Memandangkan aku bukan jenis tinggal kerja merata-rata tanpa pengawasan berpatutan, aku batalkan niat untuk pergi petang tu, tapi pada pagi esoknya.

Keesokkan pagi, aku pergi lagi sekali ke celcom centre. Minah tu dah tak cam aku. Dia suruh aku tunjuk salinan IC perempuan comel. Aku syak dia nak ngorat perempuan comel atau pon kerana dia nak buat loan kereta. Padahal bukan boleh pon. Hahaha gelak aku dalam hati. Sambung cerita aku, bila dah aku terangkan kedaan yang ada mamat telefon mengatakan simkad aku salah, baru lah akak tersebut ingat muka hensem aku nih. Aku rasa bangga sekejap. Akak tersebut menghulurkan simkad yang baru. Aku tanya, ni dah boleh pakai terus ke nih? Akak tersebut cakap confirm boleh. Aku masukkan simcard dalam fon dan on tanpa membazir masa. lagipon kan membazir amalan syaitan. Bila aku try call, dapat ada awek angkat. Dia cakap aku takleh call sebab ada bayaran tertunggak. Kambing! napa akak tu tak suruh je aku bayar? Hohoho.. Malah dengan konfien nye cakap yang fon tu dah boleh pakai untuk call. Hadeh!! aku sedar kejadian tersebut bila aku dah separuh jalan nak ke opis. Malas nak patah balik mengadap muka akak tersebut, aku teruskan perjalanan dengan hati membara semangat waja.

Sampai di opis, setelah settle pembayaran bil seminggu kemudian, aku berasa pelik, kenapa simcard ni cepat sangat penuh inboxnya? rupa-rupanya, akak selkom tu salah bagi simkad yang 64K atau 30Msg. Dah sah-sah simkad tu bukan untuk Unlimited data plan. Arghh! patutlah cepat sangat inbox penuh.

Itu lah cerita aku yang panjang. Ni kalau ada pertandingan cerita sedih aku pasal simkad nih, gerenti aku menang tempat pertama kalau aku jadi juri. :D cukup sedih. cukup romantik. :D.

Akhir kata pada kawan2 sekalian, jangan lupa pandang simkard anda sebelum meninggalkan kaunter. sekian terima kasih. (Sampai sekarang aku masih pelik, kenapa aku kena buat kerja berulang-ulang).

5 comments:

Masdalifadzlie M Saaid said...

lenkali ko bgtau org celcom tu, 'saya ni anak murid ustaz hj shamsuri!'
sure lepas tu diorg setelkan problem ko dan tak payah lagi susah2 berulang alik ke sana.. hahaha

Unknown said...

Amboi cheqq... gurau kasar aa.. :D takpe takpe.. nnti aku gurau kasar lain kali.. Hahaha

StingRay said...

aku bernafas,makan dengan berak berulang-ulang kali dari zaman bayi sampai sekarang...rilek je.

haha..

Unknown said...

BUat kerja berulang-ulang kali itu amalan biasa, semua tpt mngamalkannya bkn ko shj. lagi 1, tu la ko mnggatal pkai CELCOM sape suruh. nk murah tp servis kurang brpuas hati ape gunenye...kuhhukhuk kembali la kpd pelah asal kakakaka..

Anonymous said...

kesian gilerrr...isk3

latest entry : Review Filem The Back-up Plan