Friday, July 9, 2010

Ofis Baru (lagi)..

Salam,

Semenjak dah hampir 2 tahun bermastautin di Putrajaya nih, aku dah duduk di kesemua aras yang ada dalam lingkungan ofis kami. Bezanya, dulu aku hanya menum[ang di pejabat main con, sekarang kami dah ada pejabat sendiri semula. Pejabat lama kami di bangi dah lama tak di jenguk. Rupanya dah di tinggalkan pon.

Habis semua kenangan aku kat pejabat lama. Tempat aku buat praktikal kat situ. Tempat tidur aku bawah meja dan di kejutkan oleh Azmir bila bos datang. Bawah opis ada kedai kaca dan kedai Beriyani gam yang selalu buat air liur meleleh bila bulan Ramadhan tiba. Kompleks PKNS yang berhampiran dengan opis. Semua kenangan tu ada.

Di pejabat main kon pulak tak banyak kenangan yang ada. Memulakan kerja di sini duduk di aras 3A. Masa tu masih lagi sambung sikit-sikit projek lama yang tertangguh sambil-sambil buat projek baru. apa projek lama, apa projek baru tak perlu aku katakan. Yang penting rutin sebagai programmer java masih tebal. Time tu, dapat je modul, Kata sehari mesti kena siapkan dalam sehari. Masa tu jugak masih baru dalam bidang Spring and portlet. Setelah sekian lama bergelumang dengan java servlet.

Di tengah-tengah projek, aku di naikkan ke atas. Level 2C. Alasan mudah je. Untuk memudahkan ahli kumpulan kami berhubung. Seterusnya menyiapkan modul yang di amanahkan pada kami. Merasa gak aku jadi orang atasan. Sambil-sambil buat Modul IIAS, aku kena jugak buat modul CUSS untuk airport tu. Kira dah jadik 3 modul aku jaga untuk part aku.

Selesai bahagian MVC untuk IIAS, aku di tugaskan pula ke projek CUSS sepenuh masa. Aku ingat lagi masa tu bulan 10 aku di jangkakan akan terbang ke Syria. tapi sudahnya hari raya haji 9/12/2008 baru aku gerak pergi Syria. Camna aku ingat? sebab tarikh tu hampir sangat dengan Hari jadi aku. :D So, segala roses pembangunan di lakukan di level 2A. Tamat projek Syria yang tahapa-hapa, aku kembali ke Malaysia.

Meneruskan khidmat sebagai Programmer, aku buat module pendaftaran pengguna. Masa tu, masa yang di beri agak singkat. Untuk menelaah portlet setelajh aku dapat projek servlet memang agak payah bagi aku. Mana provier, mana WSRP, mana Production, mana staging. Bila nak develop, bila nak deploy. Task untuk deploy tu pulak di ambil alih oleh tem SE tak lama kemudian. Sebab tertekan dengan kerja masa tu, aku hampir-hampir berhenti kerja. Tapi aku tertarik dengan offer bos aku untuk mengeluarkan aku dari kumpulan programmer dan bagi aku masuk kumpulan SE.

Masuk Team SE, aku berpindah pulak ke level 2A. Di situ, aku dah mula jarang buat programming, kecuali untuk suka-suka hati aku isi masa lapang. Kata orang asah parang supaya tak tumpul. Tambah pulak kalau tahu team programmer ada nak kena buat research on some new Library they need to use in their application. Kat situ aku stay hampir setahun.

Sekarang, aku dah pindah ke ofis kompeni aku semula di level 4B. Canggih gak bos aku boleh ambik level 4A dan 4B. Rupanya tak jadi pindah ke Cyberjaya. Nanti aku ada kamera, aku upload gambarnya. Oops, lupa, sekarang aku jadik programmer balik. Semata-mata untuk buat module User Access Management tu. Skilll rogrammer tu masih ada masih tak kekok lagi. masih berharapan agar sempat siapkan modul nih menjelang besok. PC dah corrupt semalam. Haih!!

PS: aku dah upgrade dari Ubuntu 8.04 Hardy Heron ke Ubuntu 10. Menarik siot..

4 comments:

-rj- said...

mcmane ko bole duduk kt level 3A??

k0m4nd3r said...

salah taip pon mau komen kah? hohoho

-rj- said...

aku ty je la..

k0m4nd3r said...

Wakatau wakatau genang dang..