Friday, April 9, 2010

Terkenang dulu-dulu

Zaman belajar dulu, zaman paling ceria, bertenaga dan Happy go lucky. Aku rasa hampir semua orang bersetuju dengan aku. Tak kira lah, sekolah rendah, sekolah menengah, matrik, universiti, pendek kata semua tempat belajar di cipta untuk menjadi best. Tak di nafikan jugak, adalah 2,3 perkara yang menjadikan tempat belajar tak best. Contoh macam cikgu garang ke, kantoi dating time sekolah ke, kantoi fly ke. Kalau budak pompuan plak, perkara paling kantoi adalah lupa pakai pad masa datang bulan first time. Perghh.. nasib baik aku budak masa tuh.. Ngeri gak, apesal minah ni tiba-tiba je cedera parah nih. Hahaha (Normal lah, kau budak ko tau apa?betul tak?).

Masa belajar jugak, Kepala masing-masing memang masuk air (Jangan cakap, aku pon tau kepala penuh air sebab belum reti buang air ke tempat yang betul. Muahaha!). Tahun 2001, Masa belajar di Penang.  Bilik kami di tempatkan mengikut kelas. di penghujung asrama, ada tempat yang di gunakan untuk mengulang kaji pelajaran. maka nya, di dinding penuh dengan nota-nota, lirik lagu, poster tak berkenaan, dan macam-macam lagi.

Antara perkara yang paling menarik aku ingat kat bilik tersebut adalah kamus. Kamus bukan sebarang kamus. kamus ni, adalah kamus kesalahan perkataan yang selalu di lakukan kami secara tidak sengaja. Contohnya, Resep, octopus prem, Beh pegi BM, dan sebagainya. Perkataan ni memang tak boleh langsung di gunakan sebagai ayat-ayat cinta.

Sasmpai sekarang selepas 9 tahun, aku masih ingat pasal Octopus prem (Sebenarnya aku nk sebut optimus Prime). Terutama lepas keluar wayang cerita Transformers.

Mana lah pergi budak-budak lain nih. Huuuuu

2 comments:

Anonymous said...

octopus prem ke octopus krem??muahahaha ;p

Unknown said...

Red: Octopus krem sebab takleh transform.. Hahahah!