Tuesday, December 22, 2009

Masa Dulu2 (1)



Gambar tiada kena-mengena dengan tajuk.

Salam kawan2. Sebelum terlambat, nak ucapkan selamat tahun baru 143¹hijrah dan 2010M yg akan menjelma tak berapa lama lagi.

Mengenangkan tahun dah makin bertambah, aku dok teringat sejarah dolu2 masa zaman sekolah. Masa zaman belajar. Hehe, zaman yang paling indah aku rasa. Tapi pelik tak berapa banyak yang aku dapat ingat pasal sekolah dulu. Hmm..

Darjah ¹sampai darjah 6, aku belajar dekat sk Pasir Besar, N9. Nama ringkas SKPB. Sekolah kampung. Banyak kawan-kawan aku orang kampung. Aku jalan kaki je pergi sekolah masa tu. Kalau tengok jalan yang aku lalu dulu, aku rasa cam tak sanggup je nak redah sekarang. Hehe.. Jarak tak lah jauh sangat cuma agak mencabar. Hahaha! Kenapa ek? Sebab kami lah yang buat dia jadi mencabar. Kawan-kawan masa tu, Hafiz b. Kamazaman, Firdaus b. Amran, Mohd Fadly Mohamad Yunus, Zatun Najahah bte. Ariff, Faizal anak Ustazah Saodah (aku lupe name bapak dia), Noorazlan Noordin(bapak die polis woo).

Kalau pergi dan balik dari sekolah pagi, kami memang tak nakal. Ye lah, pergi sekolah pagi2 dalam pukul 6.45, waktu darjah satu sampai darjah tiga, apa sangat lah jahatnya.. Hehe.. Bila dah besar sikit, mak abah aku yang tersayang menghantar kami (aku n along) ke sekolah agama lepas tamat sekolah pagi. Masa ni paling best. Jalan nak pergi sekolah pagi, cuma melintas kawasan perumahan felda, tapi nak pergi sekolah agama, kami kene melintas jalan besar. Hoho! Kalau kita dah pandai melintas jalan sendiri, kami di kira dewasa! Hehe, padahal sunat pon belum.

Berbalik pada cerita perjalanan ke sekolah tadi, untuk pergi ke sekolah agama, aku akan pergi dengan kawan-kawan. Dalam perjalanan, akan berjumpa dengan kawasan paya@terusan air. Nak dijadikan cerita, kawan2 aku ajak berendam dalam tu. Asalnya kami nak menjalankan aktiviti menggetah burung yang datang mandi, sudahnya, kami yang mandi! Hahaha!.
Posted by ShoZu

3 comments:

dd dudu said...

tergantung yang luar biase pulak cite ni hukhuk.. part 2 pls~

Unknown said...

Hahaha.. mmg la tergantung. Taip guna phone. Pastu dah sampai limit. sebab tu tukar tajuk ada (1) .. Hahaha.. sorry. akan ada sambungan nya nnti.

StingRay said...

oi oi.....tulis bagi habis la....hahaa....



jgn buat perangai camni bila berak.hahhaaa