Friday, December 18, 2009

Airwolf


Pernah tak korang bayangkan. Bila korang dah besar korang jadi wira. Wira menyelamatkan dunia. Kalau masa budak-budak dulu, kami kanak-kanak tahun 80an dibesarkan dengan siri-siri television. Dari robot gergasi macam transformers, cerita mengarut manusia hijau macam hulk, hinggalah cerita kereta berinteraksi dengan manusia macam knight rider. Masa budak-budak, aku tengok semua cerita tu dengan perasaan kagum melampau. Memang hampas tahap hampas kelapa habis santan pon aku layan gak cerita-cerita macam tu. Masa tu aku yakin, apa yang dipaparkan kat tv tu semuanya betul. Tak mungkin aku kena tipu, kat sekolah pon majoriti sependapat dengan aku. Kami takkan ditipu. Sedangkan kalau nak pergi tandas yang belakang tandas ada pokok berhantu pon boleh jadi berani sebab kalau apa2 jadi, kami boleh bertukar menjadi space cop gaban. Terpengaruhnya minda kami oleh benda-benda mengarut macam tu. Hahaha.
Sekarang kembali ke realiti. Dah hampir 20 tahun kenangan tu berlalu. Dulu umur 7 tahun, bolehla berangan panjat pokok rasa macam tengah bawak helikopter canggih macam airwolf. Sedangkan pada umur menginjak ke 27 tahun, aku baru sebentar tadi tertengok cerita airwolf. Hahaha!
Pada pendapat aku yang tak berapa bijak ni, cerita tu dah tak relevan sekarang. Generasi yang dipupuk dengan cerita-cerita macam tu dah membesar dengan sihat dan jayanya. Tak kan dalam era cyber masih lagi nak bagitau orang bahawa kerosakan pada sebuah helikopter canggih boleh dibetulkan with a twist of cables? Takkan kanak2 milenium tak tau procedur apa nak buat waktu kecemasan kalau kapalterbang jatuh dalam laut. Tah kenapa masa aku tengok cerita airwolf tadi sangat terasa bangang. Hoho.. Dulu 7 tahun boleh lah nak tipu. English sepatah haram tak faham, nk baca subtitle jangan harap lah, baca quran pon merangkak-rangkak macam siput kene h1n¹apatah lagi baca subtitle.
Dahla yang menyiarkan siaran tu tadi tv2 plak tu. Stesen tv kerajaan. Bukan aku anti retro, kalau budak2 layan, habis palotak diorang...

Posted by ShoZu

1 comment:

~ ReD ~ said...

pernah tgok...
tringt McGyver..hehe