Tuesday, December 22, 2009

Masa Dulu-dulu (2)

Tamat aktiviti mandi lebih kurang 6.30pm. Aku dengan along dah rasa kecut. Alang yang masa tu umur dalam lingkungan 3-4 tahun tetiba datang. Mak panggil balik katanya. Kami balik dalam keadaan basah. tengok depan rumah motor abah dengan kereta mak dah ada. Kami yang dah sedia kecut, abis luar dalam kecut.

Along marah alang, Nape tak panggil kami sebelum abah balik. Alang cakap, Mak x bagi keluar. Kami plan untuk berbohong. Haha, berbohong sorang kanak-kanak, mudah sangat dibaca orang tua. Kami cakap, kami jatuh jambatan masa lalu kat paya masa nk balik dari sekolah agama. Takut kene marah, kami lepak kat paya tu sampai petang. langsung tak pergi kelas mengaji pada pukul 5pm. Haha.

Abah cakap, kalau tipu, nanti hantu paya datang kacau aku malam nih. Aku selambe je cakap, "Bah, Ajis cakap kat paya tu takde hantu". Hah tunggulah sampai malam.

Bila malam menjelma, aku kena siapkan kerja sekolah. dahla siang-siang aku penat mandi paya sampai tak ingat dunia. Bila malam, badan penat, 2+2 jadi lapan. Tulisan pulak, mengalahkan tulisan doktor PHD. Cakap pasal tulisan, tangan aku nih toksah cakap lah, pernah bapak aku sesah dengan spanar hidup. Hohoho. Orang cakap, dah besar aku jadi doktor kot. rupa-rupanya, sangkaan diorang meleset, aku jadi programmer. sebab tu tulisan aku tak berapa nk cantik. Bila kemalasan melanda diri, Kerja yang sepatutnya di siapkan dalam masa 2jam iaitu antara 8pm - 10pm, dah melarat sampai pukul 11lebih. abah dah masuk tidur. aku jadi cuak teringatkan kata-kata abah siang tadi. Kalau aku tipu, hantu paya akan datang kaco aku malam nih. Along lame dah masuk bilik. die pikap sikit kalau nk dibandingkan dengan aku nih. Aku tinggal sorang kat luar. (Sekarang kalau diikutkan pon, aku memang jenis berjaga malam pon. Hahaha) dok buat kerja dengan hati yang tak tenang.

Fikir punya fikir, aku mula nk buat rancangan jahat. aku nk colek along punya buku untuk di tiru. Tiru punya tiru, aku dapat buat sampai siap. Masa untuk tidur. Aku masuk bilik, aku naik atas katil. katil kitorang double decker, aku dok atas. Tapi ayat-ayat abah aku tadi masih terngiang-ngiang dalam telinga aku. aku tarik selimut dan meneruskan aktiviti seterusnya.

Tengah dok pulun tido, dalam pukul 3am, aku terjaga. Sendi-sendi aku sakit. siot. aku takleh bangun. rasa nk nangis pon ada. Aku siku alang, alang nangis, Mak bangun tengok napa alang nangis, aku cakap aku sakit sendi2 semua.Mak sapu minyak angin. Masa tu alang dah x nangis lagi dah, dapat botol susunye, aku plak yang meracau. Mak cakap aku cakap nampak macam2. aku nampak nenek lah, nenek tu marah lah, nenek tu cakap kitorang mandi kat paya lah.. Aku kene marah kat along sebab bocor rahsia.

Tapi lepas dari kejadian tu, aku dah tobat nak mandi paya. yang penting, aku dah takde masalah berjaga malam sampai lah sekarang nih. :D

2 comments:

iovantgarde said...

cait..benarkah daku menghisap susu botol takala berumur lingkungan 3-4tahun??h0h0

k0m4nd3r said...

Hahaha...Xmo mengaku kah?