Showing posts with label Tiadahalatuju.. Show all posts
Showing posts with label Tiadahalatuju.. Show all posts

Wednesday, February 24, 2010

Paling, paling, paling!

Lama:
Anda akan berasa paling lama jika anda berkerja di waktu orang lain bercuti. Kerja yang anda lakukan adalah menunggu hasil kerja dari rakan anda yang sedang bercuti.

Perjalanan:
Perjalanan akan menjadi perjalanan paling panjang jika anda menunggang motor dalam hujan. Sampai di rumah, anda mendapati kunci rumah tertinggal di pejabat.

Berat badan:
Anda akan berasa keadaan paling ringan jika semasa menunggang motorsikal anda, angin sepoi-sepoi bahasa berjaya membuatkan motor anda melayang.

Lapar:
Anda akan berasa anda insan paling lapar jika anda ingin memasak tetapi barang yang anda ingin masak telah dirembat oleh rakan serumah anda.

Nota: Semua kejadian ini dialami oleh aku sendiri dalam masa satu malam. Hohoho..
Posted by ShoZu

Tuesday, November 10, 2009

Korang Perasan x?

1. Blog ni dah lebih setahun woo.. aku pon x perasan...
2. Pernah baca entri ni:
i. I've Read This Somewhere..
ii.Can a Family man with RM3K/Month Survive in Malaysia?

Rupanya, tengok kebetulan tarikh post dalam bulan yang sama dan di post oleh aku. :D kebetulan yang mengerikan. Hahaha.. 

Wednesday, August 26, 2009

Petani Moderen Sedang Bekerja


Dalam era i.t semua kerja memerlukan komputer. Tapi jika connection bukan lembab, tapi basah kuyup, maka ada kemungkinan ladang akan hancur sebelum dituai. Gambar menunjukkan para petani sedang bekerja. Kagum kan? Jika dulu orang membanting tulang di ladang, sekarang peribahasa itu perlu di ganti dengan membanting keyboard di ofis. Heheh..

Posted by ShoZu

Tuesday, August 25, 2009

Makhluk Halus!

Arghh!! Ganguan makhluk halus makin menjadi2 di opis OAS tingkat 3. Saksi2 yang nampak cakap nampak macam2. Ade yang cakap perasan seperti di intai. Ada yang cakap, nampak kelibat berterbangan depan mata. Ada yang cakap, dengar bisikan halus tepi telinga.

tapi kami semua dah x hairan dengan gangguan makhluk halus tuh. rasa nak penampar je makhluk2 tuh. tertekan tau x? kitorang tengah rajin nk kejar dateline, leh lak manja2 terbang kat kitorang.

Siap ko lalat, aku beli serai wangi jap lagih.. baru hang tau!

Wednesday, August 12, 2009

Tuesday, August 4, 2009

Lari dari opis beramai2!

Kami xde di ofis sekarang ni. Bos2 pn xdapat cari kami. Hahaha, kami bkn xnk buat kerja,kami ada hal,lagi pn,mane elok buat kerja time2 antara asar dgn maghrib. Kami memanfaatkn masa sekarang ni dgn aktiviti berfaedah. Nk tau apa aktiviti tersebut?sila tgk di bwh..













Jundak tgh potong rambut.
Kirul N K0m4nd3r
Pose dari kumpulan Malaikat Maut!

Tuesday, July 28, 2009

Bubur Nasi, Telur Masin. Ikan Bilis Goreng

Menu malam semalam adalah seperti di atas. Menu itu adalah menu utk kami yang berpuasa. (Macam puasa, tapi bukak pose dekat nk isyak baru sampai umah).
dah sampai umah, solat maghrib, basuh periuk belanga, basuh beras, masak bubur, cuci telur masin, rebus. panaskan minyak, goreng ikan bilis. Siap!.

Air org bujang, air kosong je sudah jangan ngade2. Sambil tunggu bubur empuk, aku p mandi. si "Bincek" tengok bubur n juadah2 lain. "ok, kasi clear perut nih baru best nk menyantap!" kata ku dalam ati.

pas mandi n settle ape yang patut, aku turun utk emulakan operasi. aku tgk Bincek da start dulu. aku sambar mangkuk, isi bubur, amik telur separuh, amik sejemput ikan bilis, letak kicap.. perghh.. layaaann...

makan punye makan, abis 5 mangkuk utk aku sorang, Bincek makan 4 mangkuk sebab die nk tambah xde lagi dah (padehal aku mandi tadi, die dah start dulu.. muahaha).

Naik atas aku tgk tv layan cerita chinese long story ke hape tah kat tv. hangin je tgk cerita tuh. bongok punye tv nih, kalau nk potong pon jangan la sampai org tgk x paham. kalau nk potong tahap tuh, baik xyah tayangkan, ni mcam saje tayang nk penuhkan slot malam isnin je nih. sbb tension, aku terus layan tido.

Pukul 2 pagi, perut aku sakit. erghhhhhh.. tulun.. tulun.. n sampai sekarang, perut aku masih sakit.. hohoho..