Showing posts with label Bolasepak. Show all posts
Showing posts with label Bolasepak. Show all posts

Tuesday, October 25, 2011

Rusa VS Penyu

Penyokong kecewa harga tiket naik

TINDAKAN Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang mengenakan harga tiket sebanyak RM50 seorang bagi semua tempat duduk pada perlawanan akhir Piala Malaysia, 29 Oktober ini jelas mengundang rasa tidak puas hati para penyokong Terengganu, lapor MUSTAPA LAKAWA.
Sambil menyifatkan keputusan itu sebagai 'cekik darah', para penyokong turut mempertikai alasan yang diberikan oleh FAM kononnya kenaikkan harga tiket itu adalah untuk membanteras kegiatan ulat tiket.
Presiden Terengganu FC (TFC), Hazrul Hanafi berkata, harga RM50 yang dikenakan FAM merupakan satu jumlah yang agak besar bagi sese- tengah penyokong di negeri Terengganu.
Katanya, berbeza dengan penyokong Negeri Sembilan, para penyokong skuad Penyu perlu mengeluarkan kos lebih bagi menampung perjalanan kira-kira enam jam dari Terengganu ke Shah Alam.
"Bagi pihak TFC sendiri, biasanya kami akan membuat rombongan ke Kuala Lumpur dengan kos sekitar RM100 sahaja iaitu meliputi perjalanan pergi dan balik serta harga tiket.
"Namun, bagi perlawanan akhir ini, kami terpaksa menaikkan harga pakej kepada RM150 memandangkan harga tiket sahaja sudah menjangkau RM50," katanya kepada Kosmo! semalam.
Justeru kata Hazrul, pihaknya berharap FAM dapat menilai semula harga tiket berkenaan agar tidak membebankan para penyokong, khususnya yang berpendapatan rendah.
Turut menempelak keputusan FAM ini adalah Kelab Penyokong Bola Sepak Terengganu (Peteh) yang merasakan harga RM50 sebagai terlalu tinggi.
"Harga RM50 untuk semua tempat duduk termasuk grandstand adalah sesuatu yang sukar diterima.
"Dengan kos pengangkutan yang semakin meningkat, FAM sepatutnya lebih peka dengan teliti dalam membuat sebarang keputusan yang melibatkan kepentingan awam," jelas setiausaha Peteh, Wan Mohd. Azmi Wan Ngah.
Final Piala Malaysia 2011 yang menemukan Terengganu dan Negeri Sembilan akan berlangsung pada Sabtu ini di Stadium Shah Alam.

Piala Malaysia: Tiket final RM50

BAYAR harga tiket RM50 seorang. Mungkin ada yang merasakan ia agak mahal tetapi itulah harga yang perlu dibayar oleh peminat fanatik Terengganu dan Negeri Sembilan tidak kira tempat duduk biasa ataupun grandstand (tempat duduk utama) ketika aksi final Piala Malaysia 2011 di Stadium Shah Alam, Sabtu ini.
Harga tiket bagi kanak-kanak berusia bawah 12 tahun pula dijual pada harga RM5 seorang bagi ke- semua tempat duduk.
Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd. Amin (gambar) berkata, keputusan itu dibuat hasil perbincangan bersama wakil kedua- dua pasukan semalam.
Menurut beliau, selain membanteras kegiatan 'ulat' tiket, pihaknya juga mengambil kira lokasi tempat duduk penonton yang dilihat tidak banyak perbezaan di Stadium Shah Alam serta ketiadaan ganjaran wang tunai sebagai hadiah untuk edisi kali ini.
"Saya akui harga tiket agak mahal berbanding final sebelum ini, iaitu lazimnya berharga RM30 bagi tempat duduk biasa dan RM50 untuk grandstand (tempat duduk utama).
"Namun, saya yakin ia tidak akan menjejaskan jumlah penonton kerana hasil penjualan tiket akan dibaha- gikan sama rata kepada kedua- dua pasukan, oleh itu penonton harus faham jika mereka sayangkan pasukan masing-masing," katanya kepada pemberita semalam.
Turut hadir pada mesyuarat tersebut ialah Pengerusi Jawatankuasa Tiket dan Pintu FAM, Datuk S. Sivasundram; Timbalan Setiausaha Agung FAM, Ahmad Fuad Daud; jurulatih Negeri Sembilan, Mohd. Azraai Khor Abdullah dan pe- nolong pengurus Terengganu, Sheikh Ahmad Tajuddin Sheikh Yusof.
Hamidin berkata, hanya 65,000 keping tiket sahaja yang dicetak untuk final kali ini, yang mana sebanyak 30,000 tiket akan diagihkan sama rata kepada kedua-dua pasukan untuk dijual di lokasi masing-masing bermula hari ini.
Jika habis dijual katanya, sebanyak 30,000 lagi keping tiket akan diagihkan sama rata kepada kedua-dua pasukan, manakala baki 5,000 tiket lagi akan dijual di Stadium Shah Alam pada Sabtu ini.
Menurutnya, tiket juga dijual secara online menerusi www.tickethotline.com, manakala seramai 2,000 anggota keselamatan juga akan bertugas di stadium ketika final nanti.
"Selain itu, pasukan Terengganu juga akan turun selaku tuan rumah pada perla- wanan itu, dan penyokong pasukan tersebut dinasihatkan meletak kereta di kawa- san letak kereta N (berhampiran Giant dan Tesco), manakala penyokong pasukan Negeri Sembilan boleh meletak kenderaan mereka di kawasan W (berhampiran tapak go-kart).
"Penyokong Terengganu juga dinasihatkan masuk ke stadium menerusi pintu masuk C, manakala penyokong Negeri Sembilan masuk melalui pintu masuk A, yang mana kita akan memperketatkan kawalan pintu masuk dengan mengadakan pemeriksaan menyeluruh," katanya.

Sumber: Kosmo

Anda rasa tidak berbaloi? anda mahu FAM mengkaji semula harga tiket? tandatangan petition online sekarang:

Kami Bantah Kenaikkan Harga Tiket Final Piala Malaysia 2011 Petition | GoPetition

Wednesday, December 29, 2010

Kembara Lang Surya Edisi Sepakbola

Idea Asal: Masdalifazlie M. Saaid

Sang Geroda terbang tinggi membelah angkasa. Cempaka Suri masih mengharapkan keajaiban berlaku  ketika ini.Suasana di pulau Kenchanapura yang tadi gamat bagai guntur membelah angkasa senyap sunyi secara tiba-tiba. Rimau Seru mempamirkan kehandalan pencak silatnya yang tidak terlawan. Sang Geroda mempamerkan aksi pertarungan sebaik mungkin.

Imbas kembali,

Dulu di tempat tanah tumpah darah Rimau Seru, Sang Geroda telah di malukan. Tiga jurus yang di berikan oleh Rimau Seru kepada Sang Geroda cukup menyakitkan hati. Lantas "Hikmat Pancaran Api Hijau" ke mata yang menjadi alasan kekalahan Sang Geroda. Kini, segalanya harus di mulakan kembali. Pertemuan di tempat sendiri. Ini seharusnya menjadi satu kelebihan kepada Sang Geroda. Maruah mesti di kembalikan.

Tamat imbas Kembali.


Malam ini penentuan segalanya. Dendam pasti terbalas. Tapi Rimau Seru atau namanya Harimau Malaya bagaai tidak mungkin di tewaskan. Sekurang-kurangnya Geroda mesti memiliki kelebihan 4 buah tangan untuk bergelar juara. Sama ada di padang sendiri atau di arena antabangsa. Geroda kini sudah bersedia. Harimau Malaya mesti di ajar. Kehadiran Puteri Kenanga Mulya umpama pembakar semangat Rimau Seru. Dan Cempaka Suri sebagai lawan nya.

Semoga berjaya Harimau Malaya!!

Wednesday, October 27, 2010

Final Piala Malaysia 2010 Kelantan Menang?

Perlawanan baru sahaja dimulakan. Tiket dfi tempah awal. Berikutan kenaikan harga tiket dari RM20 ke RM30, aku telah membeli tiket grandstand RM50. Bukan jumlah yang sedikit aku lebur laburkan. Semata-mata untuk melihat pasukan kesayangan masa menang ku ini bermain. Kedua-dua pasukan saling berbalas serangan. Aku dan kawan-kawan saling berbalas komen di halaman facebook masing-masing. Aku lihat penyokong pihak lawan juga begitu. Bukan kecik anak lawan kali ini. Sepanduk bertulis "Bawok pule pialo kami" jelas terpampang. Di keramaian penonton pihak lawan, kelihatan Khai dan Wafe dengan muke sedih gara-gara di paksa oleh bini masing-masing untuk menyokong Kelantan.

Separuh masa pertama berakhir dengan seri 0-0 untuk kedua-dua pasukan. Keadaan menjadi tegang. Kutuk mengutuk dan lapar akibat makanan dan minuman tidak boleh dibawa masuk. Malah tidak ada jualan makanan dalam stadium menyebabkan penonton kedua-dua pasukan tidak senang duduk. Muka masing-masing dah sugul macam zombie. Sathianathan juga kelihatan di celah-celah dalam kebanjiran penyokong Kelantan.

Separuh masa kedua bermula. Kelantan menyerang garang. Tackle kasar oleh Zaquan kepada Akmal RIzal menghadiahkan penalti buat Skuad Kijang seawal minit ke-47. Si Rusa jadi tak tenteram tapi maintain perangai Daddy cool. Shukor Adan mengubah cara permainan kepada lebih berhati-hati. Kunelan kurangkan gaya permainan ala-ala Ronaldo tapi tak lepas dari menjadi mangsa tackle sebaik masuk ke kawasan bahaya. Pemain kijang dengan semangat Cik Siti Wan Kembang bermain secara hilangpunca. Mereka meraikan seolah-olah sudah menang. Sani tangkas menahan bola. Nampak ada kosong di bahagian kiri. Bola Di rembat kencang kelajuan 130KM/H. Dapat pasda kunelan. Kunelan Rembat cepat untuk elak dari di bentes. Dapat pada Halim Zainal. Halim tanduk tajam. hampir terkeluar, Shahurain dapat sentuh Bola dan GOLLLLLLLL!. GOl penyamaan oleh Pemain pemain Jang!.


Keadaan kembali tegang. Sorakan Hobin Jang Hobin, Gomo Kelate Gomo, Hobin Jang Gomo, Gomo Kelate Hobin, Hobin Jang Jobo, dan macam-macam lagi saling bertingkah. Masing-masing jobo (Jobo dalam bahasa melayu standard apa ya?), masing-masing koya. Bola dari tengah di sepak oleh pemain kelantan. Di pintas kembali oleh Shahurain. dapat pada Kunelan. Kunelan bawak secara mengelicik. Pertahanan Si Kijang hanya sempat praktik serangan membentes angin.Nampak kosong pada Halim, Halim tolak belakang pada kapten. kapten clear pada Shaurain, shaurain depan gol, Tapi ada 2 orang pemain di hadapan, tolak kembali pada Shukor. Shukor tepis dan kena pada penjaga gol. Dan bola leret masuk! GOLLLLLLLLL!!! gol kedua oleh Skuad Kijang pada minit ke-89!

Permainan tamat dengan mata 2 berbalas 1. tapi pengadil seolah-olah lupa tengok jam. Mereka berbincang sesama sendiri. Rupanya ada undang-undang baru di wujudkan. Mereka keliru. Undang-undang Own Goal menyatakan sekiranya Penjaga gol dapat bola dari pihak lawan dan menjaringkan gol, maka gol itu di kurniakan kepada pasukan penjaga Gol. Maknanya kedudukan sekarang Kelantan 2- N9 1. Keadaan lapar dan marah meluap-luap. Gol pada minit ke-89 dan perbincangan mengambil masa 3 minit. waktu perlawanan dah tamat. Keputusan Pengadil Muktmad. Kelantan Menang 2-1!

Arghhh!!! aku melompat untuk menyerang pengadil.











Plop! adoi! Mana pergi semua orang? Mana pengadil? Mana Shukor Adan? Mana Sani? Err.. ERr.. Sori ye para pembaca, aku mimpi lagi.. :D Anyway, Semoga Jang berjayo. Ingat! misi kito pertahankan Pialo! hobin Jang Hobin!

(NOte: SOTONG Paul ramal Kodah Masuk Final Lawan kito. Apo salah, meningga dek eh.. )

Thursday, December 17, 2009

Menang!

Bola sepak menang emas
17/12/2009 8:14pm
KUALA LUMPUR 17 Dis. - Skuad bola sepak bawah 23 negara
mencipta sejarah Sukan SEA apabila menang emas pertama
selepas kali terakhir dilakukan 20 tahun lalu.
Jaringan gol sendiri pemain Vietnam selepas tolakan Norshahrul
Idlan Talaha memberikan peluang untuk Malaysia memperoleh
emas dalam acara akhir bola sepak lelaki Sukan SEA XXV.
Kali terakhir skuad negara menang emas ialah di Temasya Kuala
Lumpur 1989. Tahniah.. Walaupun masuk gol sendiri.. Tp den suko..

Saturday, November 7, 2009

Update 10:52PM

Tahun 2009!
Negeri Sembilan 3 - Kelantan 1

Negeri Sembilan Juara Piala Malaysia 2009!

Update 10.46PM

Banyak sekali kerusi yang terbakar. api misteri muncul di Stadium Bukit Jalil.

Friday, November 6, 2009

Kuning vs Merah

Sabtu, 7 ogos 2009: Perlawanan sengit antara Kuning dengan Merah, antara Rusa dengan Kijang, antara Negeri Sembilan dengan Kelantan. Adakah anda peminat mana2 salah satu pasukan? Papehal pon, aku mengharapkn satu persembahan menarik antara kedua-dua pasukan. Majulah sukan untuk negara.

Ko Jolobak, Ko Jolobu,
Tuai padi tigo tangkai,
Kok kalah jangan lah malu,
yang ponting, jangan kito buek perangai.

Bekocak-kocak air di boting,
Limau manih bertaghuh mudo,
Jangan di bawak koghih dan lombing,
Kito main bola ajo.

Hobin jang hobin!,
Gomo kelate gomo!,
Jangan main-main,
Sapo monang dapek pialo!

Tiket2 masih boleh didapati. Sila semak outlet yang sah atau tanya en. Google. Jangan tanya aku, aku pon orang belikan.. Hahaha.
Posted by ShoZu