Monday, March 21, 2011

Mari Mendaki

Sabtu lepas, aku, Pak Lah dan Harija Bhai menghabiskan aktiviti pagi kami dengan mendaki bukit di Semenyih. Aku yang paling tak banyak bersenam tapi ada GPS bertindak sebagai pemandu arah dalam kumpulan kami 3 orang.

Kami sampai di tapak parkir kereta agak lewat. Dalam pukul 6.30 pagi sebab jam loceng kami tak berfungsi. Sampai di sana pulak, keadaan dah penuh dengan orang ramai yang ingin mulakan pendakian. Nasib baik di bawah ada kedai yang menjual lampu picit, tak lah kami teraba-raba waktu memulakan pendakian. Selesai membeli lampu, kami mulakan dengan bacaan Bismillah. Pecutan di mulakan seawal kami dapat memintas kumpulan pelancong dari China. Aku dan Pak Lah memecut untuk tidak melepaskan peluang melihat Matahari terbit macam dalam gambar kat bawah ni.

Aku di pintas oleh Pak Lah dan Harija lagi 700m ke checkpoint pertama. Sakit perut punya pasal. Sudahnya aku cuma nampak balam-balam matahari naik sambil tahan sakit perut di lokasi yang di rahsiakan. Bila aku dah ada tenaga balik, pendakian kami di teruskan lagi ke checkpoint pertama. Dari checkpoint pertama, kami di beritahu ada lagi 3 bukit untuk di daki sebelum sampai ke Puncak. Di puncak yang pertama ni kawasan agak luas. Ada lebih kurang 100 orang berehat malah ada yang meneruskan pendakian ke puncak seterusnya. Di puncak yang pertama ini jugak kami dapat lihat ada orang yang main gelongsor di lereng bukit tapi sayang, tiada gambar sebab kamera aku tertinggal dalam kereta.

gambar ni kalau tak silap di ambil dari lereng webserver1 ni.

Kami meneruskan perjalanan pada pukul 7.30 pagi. Walaupun matahari dah terbit, tapi pendakian mesti diteruskan untuk sampai ke puncak. Perut dah mula berbunyi minta di isi. Tambahan pula selepas melepaskan hajat tadi, Pendakian agak mudah sekarang. Lagipun, dari checkpoint 1 ke checkpoint seterusnya agak landai dan agak kurang mencabar. Tapi kesegaran udara pagi nampaknya di cemari asap rokok pendaki lain. Aku tak kisah kalau korang nak hisap rokok, tapi tolonglah jangan kongsi asap rokok dengan aku masa mendaki. Kalau nak hisap rokok, sila hisap rokokdi kawasan rehat. Ada sorang perokok ni hisap rokok depan aku masa mendaki tu, aku terus terajang beliau sampai ke checkpoint 1 balik. Ganas kan aku? hahaha.

Gambar ni gambar kasut pendaki-pendaki yang dah tak sayang kasut mereka.
Aku sampai ke puncak lebih kurang pukul 8.30 pagi. Perjalanan terhenti sebab puncak yang kecil. untuk sampai ke puncak, pula, tidk boleh lebih dari 30 orang pada satu-satu masa. jadi, kami mesti menunggu giliran.


Sent via my Nokia 3310

No comments: