Monday, January 17, 2011

Khurafat (?)

Aku baru habis nonton cerita Khurafat semalam. Menemankan bakal akak
ipar aku dengan syarat die belanja aku. Aku dah lah tak suka sangat
tengok cerita hantu Melayu sejak cerita Jangan tegur hari tu.

Cerita Di bintangi oleh Syamsul Yusof dan Liyana Jasmay aku bayangkan
cerita tu mungkin sehebat cerita Rahsia (kalau aku tak silap) lakonan
Yusof Haslam dan Noor Kumalasari ( pon kalau aku tak silap)lama dulu.

Aku tengok Shamsul macam Pedo pun ada sebab Liyana bagi aku wataknya
masih lagi nampak macam budak remaja. Dia lagi sesuai berlakon cerita
Papadom. Err, berapa Umur Liyana tu aa? Cute nyeee.. Ini pendapat aku
lah. Bukan aku tau pasal dunia artis ni sangat.

Banyak babak-babak tak logik yang perlu dibaiki oleh penulis
storyboard nih. Plot-plot nampak macam longgar. Contohnya, banyak kali
penjaga bilik mayat tinggal sorang-sorang. Penjaga bilik mayat dah
tentu lah si hero cerita ni. Bila tengok cerita ni jugak aku terfikir,
boleh ke penjaga bilik Mayat kejap-kejap dok bukak peti mayat tu? Tak
sakit ke mayat tu?

Babak kedua tak logik bila shamsul pilih untuk hantar jenazah
ex-girlfriend dia ke kampung untuk di kebumikan. Ye, dia buat sebab
mak bekas kekasih dia suruh. Tapi pada masa yang sama, mak dia sendiri
pun tengah sakit dan baru keluar spital. Boleh pulak dia suruh bini
dia hantar mak dia balik? Dalam cerita ni, Shamsul seorang anak yang
baik dan pergi surau di awal cerita. Pelik sungguh.

Ada satu babak, makcik cleaner bagi kuih bakar kat si hero. Kali
pertama dia bagi Si hero ambik. Adat orang Melayu, kalau orang bagi
barang, kita cakap apa? Ini terima kasih pon tidak. Anak yang baik ke
macam tu?

Masuk kali kedua makcik tu bagi kuih, si hero ni lagi jahat, dia
campak kuih tu ke tepi semata-mata sebab dia syak ada orang nak dengki
kan dia. Boleh bayangkan tak seorang anak yang baik sanggup dia buat
makcik tua macam tu? Tak masuk akal sungguh.

Ada lagi babak pelik lain. Ni babak dekat-dekat nak habis cerita. Si
hero ni memandangkan dah janji dengan mak ex-girlfriend dia nak pegi
hantar jenazah balik kampung naik van jenazah, nak jadi cerita, dalam
perjalanan, mayat tu dah jadi hantu menyebabkan van tu kemalangan.
Maknanya ada 2 orang dan satu mayat dah siap kapan dalam van tu
terlibat dalam kemalangan. Bila tersedar lepas kemalangan, boleh
pulak si hero angkut mayat dah siap bungkus dari angkat kawan dia nih.
Pastu tah mana hutan dia jalan sambil pikul mayat bungkus, aku tak tau
nak cerita macam mana, korang baca ni pun dah tentu tak faham, aku
lagi lah tak faham. Haha! Majoriti orang dalam wayang semuajadi
musykil.

Apa-apa pon, cerita khurafat ni sama macam cerita hantu melayu yang
aku dah tengok seblum-sebelum ni. Tak nampak logik, dan menyakitkan
hati aku. Nasib baik la sayang aku, bakal akak ipar aku dan orang
belakang aku terperanjat kau-kau tengok cerita ni. Betul beb, aku tak
tipu, minah belakang aku berapa kali tersepak kerusi aku sebab
terperanjat. Demit!

Ps: ini adalah luahan/pandangan ikhlas aku bila tengok cerita ni. 2
1/2 bintang untuk filem ni sebab ada LJ yang cutee. :)

3 comments:

Apple Cute said...

hehehehe..thanks...Kuikuikui ^_^

-LJ

Masdalifadzlie M Saaid said...

elehh.. aku tau ko tak suka tgk citer antu sbb ko tu penakut.. hahaha

k0m4nd3r said...

Yuyu? LJ? Hahahah.. :D

Fazlie: sapa cakap aku x tgk citer antu? wa tgk la beb.. :D