Wednesday, September 1, 2010

Sebab tu aku sayang keluarga aku

Salam,

Bagi aku, tak perlu mak tunjukkan mak sayang aku beli semua barang yang aku nak. Tak perlu abah belikan baju raya aku sebab tau aku tak dapat gaji lagi. Tak perlu mak susah-susah telefon tanya aku dah sampai kat rumah ke belum. Tak perlu abah pesan jangan bawak kereta laju-laju dekat highway.

Kadang-kadang, benda paling simple pon boleh jadi sebab aku terharu. Semalam hari merdeka, sesetengah orang ambil kesempatan shopping. Tapi aku tak. 2 sebab je. 1, sebab aku terasa nak berbuka masak lomak cili api abah aku masak. 2, sebab aku lom gaji bulan 7 untuk pergi sopping.

Pendek cerita, sementara siang tu, aku pergi tolong incik Army peniaga ikan bakar paling top depan kedai popia kat bazaar ramadhan paroi jaya untuk meniaga. Dapatlah kat aku 2 ekor ikan bakar walaupon sebenarnya aku cuma datang tolong tengok je.

Waktu berbuka, aku tengok ada lauk yang aku dah mengidam sejak mula bulan pose, Ayam Masak Lomak Cili Api Abah Den dah siap! Ayam kampung tuh. Patut lah aku teragak nak balik semalam! Hahaha. Abah aku sayang aku. Aku pon sayang abah jugak.

Lepas berbuka, ada sekor ikan lagi yang masih berbungkus. Sambal untuk ikan tu tak cukup kata Army sebelum aku balik dari Pasar Ramadhan semalam. Tak mengapalah, boleh guna sambal kicap. Sebelum aku bersiap nak balik Kajang, mak tanya,
"ko nak buat sambal kicap, bahan-bahan ada tak?".
Aku cakap ada kecuali lada api. Mak angguk faham. Bila dah siap nak balik, aku capai bekal simpan dalam kereta BLM tak pasang turbo tu.

Sampai rumah Kajang, aku tengok dalam bekal aku. Wah! Serius aku terharu. Ada 2 biji limau dalam bekas cili tu. Mak memang faham anak-anaknya. Walau 2 biji limau bagi sesetengah orang apa lah sangat maknanya, tapi tak bagi aku. Serius, tanpa 2 biji limau tu memang tak rasa apa lah sambal kicap. Tanpa 2 biji limau tersebut mungkin aku tak jadi buat sambal kicap tu dan makan ikan bakar kosong. Nampak tak instinct sorang ibu?.

Jadi anak-anak sekalian, moral of the story, sayangilah ibubapa anda selagi hayat masih ada. Walau sekecil mana pengorbanan mereka, tanpa mereka anda tak wujud dalam dunia ni.

Mak, abah, angah sayang mak dan abah. Selamat hari merdeka!.

Powered by MyPhone

2 comments:

wafixx said...

kekekhehk..yg penting die phm ko blum gaji lg..mcm mane mau bli limau hehe,(jgn lupe amik upah tu dr peong)

k0m4nd3r said...

Peong tak dapat di hubungi.. Hampeh.. Huhuhu