Sunday, August 29, 2010

Aktiviti sebelum berbuka puasa.

Aku ingat satu masa dulu, mak marah kalau dekat-dekat nak berbuka puasa masih lagi kat luar. Tambahan pulak kalau masih dalam minggu pertama atau kedua bulan ramadhan. Dalam minggu tu, orang pujtih cakap minggu fragile. Senang sangat dtg rasa nak bukak puasa. Tamat flashback zaman kanak-kanak.

Dalam 3, 4 tahun lepas, rumah kami baru renovate. Abah plan nak letak awning. Main-contractor yang buat rumah kami dah lari, tinggal lah sub-con terkedek-kedek seorang diri menyiapkan rumah tu. Nasib baik ada askar 4 orang yang gagah perkasa nih.

Walaupon kami ni gagah, tapi di perakui kami memang kurang pengalaman, dengan bertungkus-lumus, kami angkat awning tersebut, dan aku tahan dengan tangan kanan. Pakcik kontraktor dok tembak paku. Mak aku kat bawah tengah sidai baju. Dia pandang ke atas tiba tiba dia jerit,
"Angah! Tangan ko berdarah!".

Aku ingat sikit punya hal, bila aku tengok, rupanya sikit je lagi nak kena kat bahagian arteri pulmonari aku. Ini menyebabkan darah yang keluar bukan mengalir, tapi memancut!

Damn, puasa aku batal lagi setengah jam nak berbuka sebab pengsan kurang darah.. Hohoho
Powered by MyPhone

3 comments: