Saturday, September 18, 2010

Perbincangan Ilmiah

Aku, Armie, Qilau dan Mizi ahli kelab DoTA-berDhumbell yang bujang lagi. Di sebabkan malam agak lewat untuk memulakan permainan, kami mengambil keputusan untuk pergi minum sahaja. Dalam waktu minum agak mustahil hanya datang berdiam-diri, mesti ada benda yang ingin dibualkan selain dari kejayaan mentriple-kill kan qilau yang dah fat pakai viper siap dengan Butterfly dia tu. Lagipun, kalau asyik cerita pasal dota tak pasal-pasal kena gelak dengan Aiman pulak kan.

Tajuk perbincangan kali ni, berkisar kepada Sanguine, Melancholy, Pragmatic dan Choleric. Aku pon tak pasti ejaan nya macamana. Mamak yang tukang buat air tu pon tengok kitorang semacam. Tapi beliau alih pandang tempat lain bila Armie batuk-batuk kecil.

Separuh masa pertama banyak cakap pasal orang sanguine (atau orang sanguine yang banyak cakap?). Prung prang prung prang, masuk pulak pada orang pragmatic (ya, aku selalu salah cakap jadi premelodic). Di ikuti dengan melancholic.

Err, aku saja atau semua orang tak nak cakap pasal Choleric? Huhu.. Cuba korang baca pasal trait yang aku sebutkan kat atas.

Nota: Pakcik sebelah ni pandang slack kat kitorang, Huhu.. Ingat orang pakai seluar koyak takleh converse in English kah?

Sent from NokiaBerry

No comments: