Saturday, July 24, 2010

MLM oh MLM

Salam,

Aku nak tanya, apa pendapat korang mengenai MLM? Apa bagusnya MLM? Aku tengok sekarang tumbuh macam cendawan. MLM ni jugak kebanyakan nya makin cangggih di zaman teknologi maklumat ni. Bila regiter boleh dapat satu template blog untuk mempromosikan produk mereka. Dan dalam template tu plak ada lah gambar 2,3 orang tayang BMW, tayang duit juta2. Betul. Mereka dah berjaya, dan mereka nak orang lain berjaya sama.

Aku selalu terfikir, dari mana diorang ni dapat duit untuk start program MLM tuh? Mesti ada something yang diorang buat untuk yakinkan orang masuk kan duit kepada diorang? Aku pelik lagi, orang yang buat perniagaan MLM ni betul2 boleh kaya ke?

Fikir secara logik. Untuk dapatkan duit, mesti ada rolling kan? Apa akan jadi pada orang yang terakhir join MLM tuh. Untuk dapatkan balik duit yang telah di laburkan, syaratnya dia kena ada pair/pasangan/ fullhouse. Adil ke kalau orang atasan dah senang lenang dapat duit dari mamat yang terakhir, tapi orang terakhir tak dapat apa2 sebab tak cukup syarat untuk dapat modal pon? Adakah tiada akta untuk melindungi mereka? Ada orang meminjam dari along untuk join MLM, tapi akhirnya? Apa jadi? Hmmm.. Memang misteri...

No comments: