Wednesday, April 14, 2010

Google Map

Salam.
Pernah dengar pasal iGoogle? Hah, satu page baru di tawarkan oleh google. Macamana aku tau pasal benda nih? Sejak aku pakai Nokia XpressMusic 5320-D ni, macam-macam pasal symbian yang aku selongkar. Walaupun telefon ni tidak lah secanggih N900-Maemo atau paling cikai E-71, malah tak termasuk dalam kategori smartphone pon. Mula-mula aku ingat sekdar Xpress Music. Apa sangatlah yang aku harapkan? tapi, dengan perisian tambahan macam yang Google sediakan, Hidup terasa lebih bermakna.

Dalam post kali nih, mari aku terangkan pasal salah satu aplikasi yang google ada bagi dalam bundled software dalam phone aku. Aku rasa semua orang tau pasal google kan? apatah lagi perisian google earth. Untuk phone aku, pre-install with Google (Kalau korang tak subscribe to unlimited data plan, baik jangan buat cam aku), dengan google maps, aku boleh kongsi kedudukan terkini aku. Benda ni amat berguna kala-kala kecemasan.

Katakanlah, tengah masuk hutan mana tah, tiba-tiba aku sesat, aku boleh suruh orang tengok igoogle untuk dapatkan koordinat aku. Canggih kan? Cuba klik link di bawah.

komander's Location

Amacam? teruja tak? teruja tak?. Pesanan aku pada kawan-kawan, kalau handphone canggih, setakat nak telefon and sms, henti kan je lah.. :D Dunia dah berubah, zaman dah mau. Cuma jangan lupa bayar bil, kalau tak macam orang mati kucing lah jawapnye.. Huhuhu.. sekian, renung-renungkan dan selamat beramal..

4 comments:

Masdalifadzlie M Saaid said...

aku dpt info ni bila klik link tu..

'Fahmi's current location: Jamban OAS'

betul ke?

k0m4nd3r said...

Tapir ler.. mengotorkan ruangan komen je.. Hua Hua Hua!

~ ReD ~ said...

i beli fon buat baling2.. ok tak?haha

k0m4nd3r said...

Ok gak tu.. selain mencergaskan tangan, ia juga mencergaskan minda.. Hahaha