Sunday, March 7, 2010

Tahniah Nyang rapik!

Seremban, 6 mac 2010- Tayangan filem "Nyang Rapik" sebuah cerita seram telah dimulakan. Semua penonton menunggu dengan sabar duduk di tempat masing-masing. Menanti dengan harapan untuk ditakutkan dengan cerita kali ini. Plot demi plot, babak demi babak.
Tiba-tiba ada suara tergelak kedengaran. Kemudian ada lagi. Hati para penonton dari seram bertukar geram. Mata dari terang jadi kelam akhirnya pejam.
Dalam lena, tiba-tiba aku terkejut. Bukan! Bukan kerana hantu yang muncul dengan solekan bodoh, atau bunyi-bunyi yang seakan klise dalam cerita hantu melayu. Tetapi aku terkejut(baca dikejutkan) akibat seorang mamat di belakang aku memekik di akhir cerita.
"Habis RM10 aku!"
tahniah nyang rapik! Anda berjaya membuatkan aku terkejut!.

Posted by ShoZu

5 comments:

-rj- said...

da ckp da..jgn tgk cite melayu..degil..

Unknown said...

niyang rapik kan crite lawak seram..heheh

Unknown said...

Rahman: Bile ko cakap? Hohoho
Wafixx: lawak+Seram+benggong.. hoohohohoh

-rj- said...

da ckp da sebelum boss masuk wayang tue..boss degil tanak dgr..

Unknown said...

Sapa boss ko? Hohoho..