Wednesday, March 10, 2010

Serangan Seni


Adik-adik, kita jumpa lagi dalam rancangan serangan seni (read:Art Attack). Dalam rancangan kali ini, saya akan tunjukkan cara-cara untuk membuat permainan tap-tap revenge.
Bahan-bahan yang diperlukan,
1. Iphone/Ipod touch
2. Perisian tap-tap revenge
3. Selotep
4. Meja

Cara-cara:
1. Pastikan meja anda kukuh. Jika ia bergoyang semasa anda bersin, maka ia tidak sesuai di gunakan.
2. Letakkan Iphone di tengah meja supaya anda dan kawan anda dapat mencapai Iphone tersebut.
3. Gunakan selotep untuk melekatkan Iphone seperti dalam gambar. Jika selotep murah yang digunakan, ia mungkin tidak melekat dengan kuat. Untuk mengelakkan ia bergerak-gerak, anda juga boleh menggunakan gam cap gajah.
4. Siap! Sila ajak kawan anda. Jika kawan anda tiada, sila ajak bos anda atau jiran-jiran anda.

Sekian untuk hari ini. Jumpa lagi. Renung-renungkan, dan selamat beramal.
Posted by ShoZu

7 comments:

Masdalifadzlie M Saaid said...

apa yg ko melalut ni setaaannn?

nurul azida ahmad said...

ntahnyer...apekah?

wafixx said...

ade ke ko i-phonenyee

rahman said...

tgk gak la kawannye terer ke main tap tap revenge..

k0m4nd3r said...

Fazlie: tu lah, kalau ko x blah. Ko paham la...
Azida: Ni permainan baru... :D
Wafixx: apo barang Iphone.. payah..
Rahman: Main hard/extreme tengok.. :D

~ ReD ~ said...

hancus la iphone tuuuu :D

k0m4nd3r said...

Dah kene serang, hancus lah.. :D