Wednesday, February 24, 2010

Paling, paling, paling!

Lama:
Anda akan berasa paling lama jika anda berkerja di waktu orang lain bercuti. Kerja yang anda lakukan adalah menunggu hasil kerja dari rakan anda yang sedang bercuti.

Perjalanan:
Perjalanan akan menjadi perjalanan paling panjang jika anda menunggang motor dalam hujan. Sampai di rumah, anda mendapati kunci rumah tertinggal di pejabat.

Berat badan:
Anda akan berasa keadaan paling ringan jika semasa menunggang motorsikal anda, angin sepoi-sepoi bahasa berjaya membuatkan motor anda melayang.

Lapar:
Anda akan berasa anda insan paling lapar jika anda ingin memasak tetapi barang yang anda ingin masak telah dirembat oleh rakan serumah anda.

Nota: Semua kejadian ini dialami oleh aku sendiri dalam masa satu malam. Hohoho..
Posted by ShoZu

6 comments:

StingRay said...

wah..template baru.

Anonymous said...

yeay!! udah tukar template la ex-kembar template ku.heheeh

Unknown said...

Punya panjang aku taip, korang perasan template je berubah.. Muahahahah.. amacam template baru? cun x?

-rj- said...

tak cun la boss..golap..

Unknown said...

ko nk kono potong gaji ko syansul?

-rj- said...

alaa..teguran membina kot..