Saturday, August 29, 2009

Perihal Novel

Terus-terang aku cakap. Aku memang jarang baca novel, buku/jurnal memanglah kene baca, dah namanya pernah jadi pelajar dan aku rasa aku xpernah berhenti belajar. Cukup pasal aku.

Kali ni aku nak review pasal satu buku bertajuk 'Mantera Hitam' karangan Serunai Faqir. Sebuah novel fiksyen epik melayu yang bagi aku amat menarik!. Kenapa aku cakap macam tu? Antara novel2 yang aku baca(Laskar Pelangi, Jian, Virus L, Pendeta Gua Khayalan-maaf buku masih dalam kilang cetak,belum keluar lagi). Adalah sesuatu perasaan yang amat menarik kalau aku berada dalam keadaan seperti dalam penceritaan penulis. Pendek kata, aku mencari-cari penulis yang dapat menarik hati dan perasaan aku menjadi pengembara dalam penulisan beliau. Novel pertama(mungkin) yang aku baca Virus L. Ditulis oleh Suri Mawarne kawan sepejabat di OAS. Tak susah untuk membayangkan keadaan sambil membacanya, masakan tidak, gaya penceritaan hampir 100% pengalaman kerja sehari2. Aku membayangkan fly atau merah dpt datang membantu aku menyiapkan projek kami. Lagi pula, penulis novel virus L agak rapat dengan aku.

Novel kedua bertajuk Laskar Pelangi. Novel ni, kalau xdisebabkan aku perlu ke luar negara, xmungkin aku baca. Buku yang tebal selain buku berkaitan kerja menutup minat untuk aku membaca. Berlainan dengan novel ini. Ia mengimbau kenangan zaman persekolahan dahulu. Zaman masih kanak2. Bagaimana aku masih teruja untuk menaiki pentas bagi membuktikan aku terbaik antara yang terbaik. Walau hakikatnya aku xmungkin malah jauh panggang dari api apabila berhadapan dgn watak pintar dalam novel ini.

Novel ketiga masih dalam peringkat pencetakan. Aku sendiri ingat2 lupa tajuk novel tersebut. Mungkin 'Pendeta Gua Khayalan'? Maafkan aku jundak, bila siap cetakan nanti aku letak iklan di sini ya?. Pembacaan masih belum tamat. Penulisnya Masdalifazli M. Said Masdalifadzlie M Saaid, juga staf tempat aku membanting keyboard untuk seliter petrol (tempat kerja daa). Cerita fiksyen sejarah memang menarik minat aku. Kadang-kadang aku boleh jadi bukan aku bila membaca godaan novel ini. Yang melucukan apabila ada babak pertarungan aku cuba sekali berimaginasi untuk turut serta dalam pertarungan. Hasilnya aku teruk dilanda badai pertarungan mereka. Untuk menyelamatkan keadaan, aku paksa kambing peliharaanku menyelinap ke tempat pertarungan mereka-tanya jundak kalau xpasti tempat tersebut. Mungkin di indera wangsamaju?. Novel ini mengajajak aku meneroka ke alam fiksyen fantasi bawah norma kesedaran. Amat sesuai dibaca pada bila-bila masa. Aku harap janganlah ada unsur antiklimax seperti Virus L. Heheh. Tunggu kemunculanya.
Novel Mantera Hitam karya Serunai Faqir juga amat menarik. Tapi akan kusambung nanti. Mata agak berat sekarang. Jangan malam ini bermimpi pertarungan marcel dan marqo lagi. Aku bosan menyamar jadi lalat. Heheh..

Posted by ShoZu

6 comments:

xara said...

anti klimaks ye? ekeke

membanting keyboard untuk seliter petrol? menarik ayat tu.. :))

ReD said...

hoho.. sastera sungguh la korang neh! hikhik

k0m4nd3r said...

Nih baru part 1. niat asal nk cerita pasal Mantera Hitam, tercerita pasal novel2 yang saya baca pulak. :D

rr said...

i say... chaps... any novelettes in English?

lalala~~

Odetakhun Jundak said...

eja nama aku btul2 skit.. masdalifadzlie m saaid.. nnt kalau org google nama aku bleh laa blog ko ni tersenarai skali.. hahaha

k0m4nd3r said...

Fazlie: betul cakap ko, ade org lain google name ko, masuk pasal blog aku..