Wednesday, August 19, 2009

Kebangkitan Makhluk Martian - part III

3488,8701 dan 2414 yang kebetulan berada dalam perimeter kawasan
serangan memulakan langkah awal. Bangunan tempat kami bermesyuarat
bergegar tiba-tiba. Ketiga-tiga ahli kumpulan antaramuka
terpempan tanpa perasaan. Hodohnya rupa mereka menyebabkn komander
sukar untuk mengenal rakan sejawatnya.

Jundak sudah terbaring
kehabisan tenaga. Salah satu dari makhluk itu bergerak perlahan ke
arah Jundak dan mengangakan mulut untuk menyerang.


Dalam keadaan kalut itu, satu bayang hitam tiba-tiba muncul. Menarik Jundak dari perbaringan. Musuh atau kawan? Bantuan telah tiba? Tiada masa untuk berfikir. Satu semburan cairan kuning hanyir hampir mengenai cuping telinga kanan komander. Satu lompatan tangkas pantas di lakukan tanpa berfikir. Dari rekahan dinding komander dapat melihat. 4820 telah bertukar menjadi robot. Iya! Itulah penyelamat yang dimaksudkan!. Ketiga-tiga makhluk itu serentak memuntahkan cairan beracun ke dada 4820. 1152 selaku robot pelindung pantas mengekang kemaraan cairan tersebut. Entah mengapa, besi waja itu cair. Lutut kanan 1152 hancur luruh.

"Robot bodoh! Mana mungkin kau dapat menghalang cairan dari induk! Teknologi kamu terlampau mundur! Leka berpolitik hingga tiada kemajuan dalam hidup!" bebel makhluk yang memakai jubah ungu dengan selipar mashimaro berwarna biru. Komander pantas mengesan kelemahan makhluk itu. Iya, dia kuat membebel!. Dua makhluk lain terus menerus mengopek, merobek dan menodai 1152. 4820 melompat tinggi untuk menyelamatkan jundak. Mujur sahaja bangunan hampir siap itu dekat dengan kawasan kami. 4820 tangkas kembali. Semakin dekat tiba-tiba..

4 comments:

Xara said...

hamboi..hamboi.. nanti saya tulis cerita pasal kamu pulak jadi makhluk asing!

Unknown said...

Bile lak sy letak kak suri dalam nih? xde pon.. xde pon ~~lalalala~~

Masdalifadzlie M Saaid said...

mana makhluk 1089? ini tidak adil! ini dinamakan diskriminasi terpimpin!

Unknown said...

Sabar. sabar, makhluk tu akan tiba x lama lagi. :D tunggu. ini baru godaan.