Friday, August 21, 2009

Bakar rumah selepas bunuh


SEORANG penduduk menunjukkan tempat mangsa
ditemui terbakar di sebuah flat di Kajang semalam.


KAJANG - Tindakan seorang lelaki yang membakar sebuah rumah flat untuk menutup rahsianya membunuh seorang wanita terbongkar dengan penemuan mayat dalam keadaan terikat di Kajang Sentral di sini semalam.

Kejadian pukul 3.30 pagi di tingkat tiga flat tersebut disedari oleh jiran mangsa yang terhidu bau busuk daripada asap yang keluar dari rumah pekerja salon tersebut sebelum menghubungi bomba.

A. Nancy, 35, ditemui dalam keadaan kedua-dua belah tangannya terikat dan kedua-dua belah kakinya hangus di atas tilam di ruang tamu rumahnya.

Difahamkan, mangsa yang telah bercerai itu tinggal bersendirian di situ sejak dua tahun lalu manakala dua anaknya menetap bersama suaminya di kawasan berhampiran.

Satu sumber memberitahu, tiga jam sebelum kejadian itu, jiran mangsa mendakwa melihat mangsa dan sempat berbual dengannya.

"Bagaimanapun, sejam selepas itu, dia ternampak seorang lelaki masuk ke dalam rumah tersebut sebelum terdengar bunyi bising seperti sedang bergaduh.

"Dia yang tidak menghiraukan perkara tersebut kemudiannya terus masuk tidur sebelum tersedar kerana terhidu bau asap dari rumah tersebut dua jam selepas itu,'' katanya di sini semalam.

Dia yang panik sebaik melihat rumah jirannya terbakar segera menghubungi bomba.

Tambahnya, sepanjang pengetahuannya, mangsa tidak mempunyai kekasih dan tidak pernah ada lelaki yang datang ke rumahnya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Shakaruddin Che Mood berkata, polis yang pada mulanya menyangka ia kebakaran biasa terkejut apabila dimaklumkan terdapat mayat dalam keadaan terikat di kedua-dua belah tangan.

Katanya, pihak berkuasa yang sampai di rumah tersebut mendapati pintunya tidak berkunci.

"Siasatan kita mendapati tiada kesan pecah masuk dan kemungkinan pembunuhan tersebut dilakukan oleh orang yang dikenali mangsa.

"Ketika ditemui, mayat mangsa berada di atas tilam di ruang tamu dengan kedua belah kakinya rentung tetapi badannya berada dalam keadaan sempurna,'' katanya.

Tambahnya, polis sedang menunggu laporan bedah siasat bagi mengetahui punca sebenar kematian mangsa.

Setakat ini polis masih belum membuat sebarang tangkapan dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya menghubungi polis Kajang di talian 03-87362222 bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.


Rumah orang nih satu blok dengan aku. Masa kejadian antara pukul 2am ke 3 am. Aku tengah pusing2 nk tidur. Dengar bunyik bising orang gaduh laki bini. Aku ingatkan mimpi sebab kebetulan tengah mimpi gaduh2 nih. gilak ah. bebetul gilak.

4 comments:

Unknown said...

nasib baik ko selamat..

Unknown said...

Alhamdulillah. Masih lagi bernafas. :D

rr said...

abih ler.. lepas bulan posa nnt ada hantu inda....

Unknown said...

INDA.. INDA..