Showing posts with label rant. Show all posts
Showing posts with label rant. Show all posts

Wednesday, January 2, 2013

1987

Tahun 1987
Bagunan paling tinggi dirasmikan di Kuala Lumpur ketika itu bangunan Maybank.
Perdana Menteri Malaysia ketika itu Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad. Timbalan beliau pulq Tun Ghafar Baba.
Oil refinery baru di kerteh juga dibuka pada 1987.
Tahun 1987 juga tahun kelahiran orang yang istimewa dalam hidup aku.

Selamat hari lahir!

Tuesday, January 1, 2013

Hari Ini Dalam Sejarah

Sepanjang hayat aku, tak pulak aku ingat menghadiri mana-mana majlis sambutan tahun baru ke, konsert ke atau yang sewaktu dengan nya. Masa belajar dulu adalah sekali pergi konsert sure heboh yang buat kat dataran sejarah melaka. Lagi sekali konsert merdeka sambut budak-budak rumah aku konvoi jelajah Malaysia. Tapi dulu. Masa tu pakai Honda jenis 2 tayar tu. Bukan BLM macam sekarang ni.

Malam ni pulak jadi sejarah dalam hidup aku sebab terpaksa menahan bunyi mercun yang meletup betul2 atas kereta aku sebab sangkut dalam jem sempena sambutan tahun baru. Maunya tak jem time mercun dok pung pang boleh plak ada kapel keluar dr kereta comolot atas jalan bajet romantik lah tu.

Baru ku tau gila tak gila sambutan tahun baru kat kay ell nih.

Ps: aku dalam entri kali ni dalam perjalanan pulang dari opis sedang sangkut dalam kesesakan jalanraya biasa di Jalan Tun Razak.

Friday, December 28, 2012

Mustajab

"Aku tengok kau asyik letih je, cuba kau makan ubat ni. Mustajab. Aku dah try dah." kata udin pada satu hari.

Aku menggelengkan kepala. Dalam hati aku fikir, kalau ubat kan sepatutnya mujarab?.