Tuesday, April 24, 2012
Borak-borak PRU13
Kebetulan aku sedang membaca blog Tukar Tayar dan Mama Gomok cereka politik paling gah di dunia cyber ketika itu.
Dengan tenang aku bertanya balik pada khirul, "Kenapa? Ada cerita panas kah?". Sangkaanku, Khirul ingin menguji taat setiaku pada parti.
"Tiada apa, cuma aku ingin sangat PRU13 di adakan secepat mungkin." Khirul jawap sambil meneguk Ice Lemon Tea Al-Rayyan.
"Mengapa begitu? Kau tidak tahu keadaan politik sekarang? Penuh dengan skandal itu dan ini. Penat PM kesayangan kita memberi penerangan di sana sini. Tak cukup dengan itu, Di adakan pula macam-macam program untuk memenuhi kehendak rakyat? kau bukan tak tahu, orang lain ada PM atau presiden atau sultan sebagai ketua negeri, kita ada SUPER PM?. Itu pun orang masih memfitnah dan mencerca beliau." Aku berhenti seketika menghirup minuman.
"Lagipun, apa yang ada pada Parti lagi satu? Hanya tahu berjanji. apa yang dapat? air percuma di negeri tertentu? Pemberian tanah beberapa ribu ekar pada orang Melayu di negeri tertentu sebelum Kita dapat rampas kembali. Membantah Projek Nadir Bumi, Menghasut orang ramai supaya membersihkan pilihanraya. Eh, kau tak tahu ke? Pengarah suruhanjaya berkaitan pilihanraya dah umumkan, Pilihanraya kita adalah yang paling bersih di dunia. Kalau tak bersih, Macamana boleh menang di 5 buah negeri di Malaysia ini?" Bentak aku sambil khirul menyapu muka yang terkena tempias bicara aku tadi.
"Mereka tu hanya pandai cari salah kita sahaja. Bukti demi bukti yang mereka keluarkan, macam susah untuk pihak kerajaan tangkis. Tambahan pula, bukti itu di sertakan dengan fakta dan salinan resit yang entah dari mana mereka perolehi. Ini membuktikan mereka tak ada kerja lain selain memberitahu perkara sebenar kepada rakyat dan ini kelak menyusahkan parti yang aku sayangi ini.". Tegas nada suara aku dalam hal ini menyebabkan khirul tak berupaya membalas.
"Jadi Khirul, kau sudah tahu parti politik mana yang akan kau pilih masa PRU 13 nanti?" Soal aku kembali.
"Belum" ringkas jawapan Khirul menyebabkan aku tersentak.
"Mengapa?. Tidak cukupkah hujah dan fakta yang aku berikan tadi?" Soal aku penuh minat ingin tahu.
"Bukan, yang sebenarnya, aku belum daftar mengundi lagi" Jawap Khirul selamba sambil membayar harga makanan berserta GST 6% yang di cajkan dalam bil semasa makan di restoran Al-Rayyan meninggalkan aku yang terkebil-kebil seorang diri di troll oleh Khirul.
Thursday, April 12, 2012
Wednesday, February 4, 2009
Politik skit.
Utusan Malaysia
Isu Tabika Kemas, Zionis Melayu Malaysia
SEORANG pembaca menghantar SMS kepada saya dengan bunyinya: ''Tabika dirantai, dimangga bukti kekejaman Zionis…" Yang ini bukan Zionis Israel, tapi Zionis Melayu Malaysia.
Hanya mereka yang mempunyai pemikiran yang cetek, secetek-ceteknya sahaja yang sanggup melakukannya. Setakat ini, mengikut rekod, hanya orang Melayu sahaja 'sanggup' berbuat begitu. Sebelum ini, semasa Pas memerintah Terengganu, kisah-kisah ini bukan asing lagi. Tabika-tabika milik Kemas ditutup di sana-sini. Kanak-kanak yang tidak mengenali erti 'kehidupan' terpinga-pinga. Semangat wajah-wajah kecil itu yang bangun pagi untuk menimba ilmu ABC, Alif, Ba, Ta - luntur. Tidak perlulah bercakap mengenai politik, kanak-kanak itu tidak mengerti apa-apa pun mengenainya.
Kini, kisah itu kedengaran di Pulau Pinang pula, negeri yang dikuasai DAP dan PKR.
Persoalannya mengapa sampai begitu sekali tahap tindakan mereka? Mengunci dan memangga tabika itu tanpa ada perasaan langsung. Jangan diganggulah institusi pengajaran dan pembelajaran sebegitu. Tiada dalam rekod (sepanjang yang kita tahu) tabika-tabika milik parti Pas (dikenali sebagai Pasti) yang ditutup oleh kerajaan memerintah ataupun oleh JKKK di kampung-kampung.
Kita tidak pasti dan kurang faham mengapa orang yang 'tergamak' menutup tabika-tabika itu mempunyai perasaan sebegitu. Apakah mereka merasakan kanak-kanak itu mahu diindoktrinasi atau dicuci pemikiran mereka oleh kerajaan? Ataupun, pihak-pihak yang tergamak menutup tabika itu hanya mahukan premis-premis bangunan itu untuk aktiviti mereka? Atau, mereka hanya mahu menunjuk kuasa? Seboleh-bolehnya kita mahu bersangka baik dengan tindakan itu, tapi malangnya kita masih kurang faham.
Kes seperti ini tidak boleh sama sekali dianggap sebagai kes terpencil. Ia bukan kes terpencil, tapi kes yang terlalu besar untuk difikirkan. Mengapa hanya orang Melayu sahaja yang 'tergamak' melakukan tindakan bodoh seperti itu?
Masyarakat Cina, waima apa sekalipun fahaman politik, soal pendidikan ialah perkara nombor satu mereka. Tiada kompromi dalam soal itu. Mereka kini, tanpa memilih bulu, sedang melancarkan kempen mengutip dana RM2 juta bagi membiayai pendidikan Cina di seluruh negara. Kain-kain rentang, poster-poster kempen, The Dragon Mission 2009 diletakkan merata-rata tempat, dengan ditaja oleh sebuah syarikat arak.
Masyarakat mereka sanggup bersatu untuk satu tujuan iaitu: Pendidikan dan Pelajaran, selain soal Budaya, Perniagaan dan Bahasa mereka.
Kita juga hairan, apabila timbulnya isu-isu penutupan tabika seperti ini misalnya, NGO-NGO yang sering bercakap mengenai soal hak asasi manusia senyap sunyi. Persatuan mahasiswa, persatuan mahasiswa Islam yang kononnya, berhaluan kiri di universiti-universiti juga senyap sunyi. Tiada kutukan yang dilemparkan oleh mereka terhadap perbuatan 'tidak bertamadun' seperti itu.
Persoalannya, ramai daripada mahasiswa ini yang kadang-kadang tanpa berselindung menyokong parti pembangkang tidak pula pernah diberi tekanan oleh kerajaan memerintah. Malah mereka menikmati PTPTN lagi dan berupaya menamatkan pengajian dengan ijazah.
Wahai Melayu yang menutup tabika-tabika seperti itu. Bukalah minda anda. Ingatlah apakah perbuatan anda itu bermanfaat untuk bangsa anda yang miskin ini.
Kes di Kuala Sungai Pinang, Balik Pulau itu lebih klasik kerana rata-rata orang Melayu di situ ialah nelayan yang miskin-miskin belaka. Hanya tabika itulah yang termampu oleh mereka untuk menghantar anak-anak memperoleh pendidikan asas. Untuk rekod lagi, perbuatan mengunci dan memangga tabika itu bukan pertama kali dilakukan. Hanya kali ini ia dihebahkan kepada media.
Di masa kaum-kaum lain sedang merebut pelbagai peluang untuk memajukan diri mereka - bangsa mereka, orang Melayu berfikiran kebelakang. Sering kali, kita terlalu taksub dengan sesuatu perkara sehingga menyebabkan perasaan menguasai kewarasan.
Ingatlah, orang Melayu bukanlah satu bangsa yang kuat (lagi) di negara ini. Bila-bila masa mereka boleh ditundukkan. Apabila kuasa (yang sedikit ini) sudah tiada lagi di tangan mereka, maka pada hari itu sudah tidak berguna lagi. Kita akan melukut di tepi gantang.
Satu je dalam pale aku sekarang. Kenape isu macam ni pon nk di politikkan? kenape nk menghentam? aku rase, adalah lebih baik si penghantar SMS (Jika dia betul menghantar SMS sepanjang ini) ni mencadangkan satu cara untuk mengatasi masalah ni. Ini lebih baik dari menghentam. kalau menghentam hanya akan mengundang kemarahan salah satu pihak. Dan apabila marah hanya akan menambah lagi perpecahan kalau pemikiran sudah di bakar oleh api kemarahan. Kalau tengok dalam berita semalam, ayat-ayat yang di ucapkan, shoot yang di ambil. seolah2 membesarkan perkara-perkara remeh. Seolah2 apa yang berlaku adalah sesuatu yang tidak boleh langsung di maafkan. Memang kejam menghalang sekumpulan kanak2 yang tidak berdosa, tidak tahu menahu langsung mengenai politik, malah tidak layak untuk mengundi pon, inikan pula menghalang mereka menghadiri tadika. Tetapi, dengan mengutuk, mengeji, memaki sehebatnya, adakah itu juga tindakan yang wajar? itukah contoh yang sepatutnya di tunjukkan kepada anak2 kita?.