Showing posts with label Novel. Show all posts
Showing posts with label Novel. Show all posts

Monday, April 23, 2012

Duyung Menyanyi

Anak urang sabu andaleh, yo mamak oi,
Singgah ka rumah, si sutan Mudo,Si Sutan Mudo,
Singgah ka rumah, si sutan Mudo,Si Sutan Mudo

Sayup-sayup kedengaran bait-bait lagu Mudiak Arau di cuping telinga ku. Badan masih sakit tak tahu hujung pangkal. sedar-sedar, aku berada di tepi pantai yang keadaan sangat sunyi. Aku bangun dengan sisa tenaga yang masih ada. Berjalan ke arah suara tersebut. 

"Krakk!" aku terpijak satu ranting kayu yang terdampar di atas pasir pantai. Lagu tersebut berhenti. Lima orang gadis duyung yang sedang bercengkerama sesama mereka terpana melihat aku. Gadis duyung yang paling kecil terperanjat lalu terus terjun ke dalam air.

"Siapa kau?" Duyung itu bersuara tegas.

Langkah aku terhenti. "Aku minta maaf. Aku tersesat di sini. Apa nama tempat ini? Bagaimana aku boeh berada di sini?" Soalan duyung tadi aku jawap juga dengan soalan.

"Ini Pulau Kenchana. Kau manusia, kau di larang berada di sini!" Ketua duyung menempik seraya mengembangkan sirip di belakang kepala. 

Aku berundur beberapa tapak kebelakang. Nyata duyung ini belum bertemu buku dengan ruas. Aku mengaktifkan kuasa dalaman seraya melompat tinggi ke udara. Tiga ekor duyung yang tadi tampak garang sudah melompat kedalam air meninggalkan ketua mereka. AKu kira, apa sangat tenaga duyung wanita ini. Aku cuma perlu 50% tenaga dalaman di aktifkan.

Ketua duyung memancarkan cahaya biru fluorencent bak Boboiboy Taufan. Dia bagai ingin menghalang tumbukan padu maut yang bakal kuhadiahkan padanya. tapi sangkaan aku meleset. Di balik perisai Angin itu, Ketua Duyung telah bersedia dengan Tumbukan Tanpa Bayang nya. Muka aku lebam dan tersembam atas pasir di pantai.

"Apa sudah jadi? Kau Duyung wanita, Mana mungkin kau boleh menandingi tenaga ku?" Aku membentak.

"Hah, itu duyung, aku dugong!" kata ketua duyung tadi seraya menyelak skirtnya ke atas!


"Arghhh!!"

Aku terjaga. Badan di basahi peluh. Ini punca mimpi aku yang pelik. :)


pra-Ulasan: Buku yang menarik dan susah untuk berhenti membacanya. Anda minat karya Mitos Lagenda? Anda ternanti-nanti Trilogi Kembara Lang Surya? Anda Ingin tau sambungan Novel Pendeta Gua Khayalan?


Tempah sekarang di : www.gapuraloka.com

Anda tidak akan menyesal membelinya sebab memang berbaloi dan puas hati! 

PS: Ini buku ketiga buah tangan Masdalifadzlie M Saaid. Untuk Lain-lain hasil karya beliau boleh layari:
http://inderawangsa.blogspot.com/



Sunday, August 1, 2010

Duyung Pulau Kencana

Salam,

Mantan sepejabat aku dulu dan rakan sepejabat aku sekarang, dah berjaya meneruskan cita-cita mereka untuk menjadi penulis. Sekarang cita-cita beliau dah tercapai. Aku pernah cakap dengan beliau unutk jadi penulis macam mereka. Aku juga mencapai cita-cita aku, tapi aku bukan menulis novel. Aku menulis kod program yang kemudian di interpretasi akn ke UI. Lagipon, aku pon menulis blog, kira secara tak langsung aku pon dah jadi penulis la kan?.

Apa yang best jadi penulis nih? Kalau korang tanya aku, aku dapat sampaikan apa yang aku nak sampaikan. tu aje lah. Korang kalau jadi penulis, dapat bawak pembaca ke dalam cerita kau, memang korang seorang yang 'A'. Kalau penulis koding macam aku plak, setakat dapat interprate apa yang ada dalam dokumen atau apa yang client nak, itu belum cukup memadai. mesti ada logik nya, UI-nye, kesinambungan dengan rakan2 yang lain.. Haih..

Tabik spring pada Odetakhun Jundak dan Xarafatima. :D

Tuesday, May 18, 2010

Sepuluh juta pulus


Salam,
ada dalam metro hari ni. Orang yang buat sinopsis nih memang makan gaji buta.
Posted by ShoZu

Friday, April 9, 2010

Sepuluh Juta Pulus

Salam semua.
Seperti di janjikan, ulasan novel terbaru yang aku baca, "Sepuluh Juta Pulus". Di tulis oleh mantan rakan sepejabat yang juga seorang programmer macam aku.

Novel kedua hasil tangan beliau tidak mengecewakan. Tajuk Sepuluh Juta pulus (SJP) agak menarik. Wang, bagai nadi kehidupan setiap insan. Bagi sesetengah orang, wang adalah segalanya. Semua memerlukan wang. Dengan tajuk sebegitu, Fazlie dapat mengolah sebuah cerita yang sangat menarik.

Pontianak, pari-pari, robot dan konspirasi memenuhi novel ini.Gaya penulisan kali ini, lebih menggambarkan diri penulis sendiri. Banyak elemen kejutan yang tak di sangka, muncul tiba-tiba. Tahniah pada penulis yang bisa menggeletek aku dengan permainan bahasanya.

Dalam novel kali ini juga, tidak susah untuk aku menyelam masuk kedalamnya. Watak-watak yang ada, terasa sangat-sangat hampir. Kirol yang menggelabah (di ilhamkan dari khirul rakan sepejabat ku), bos syarikat akhbar Berita Cepat encik Syahir (mungkin diilhamkan dari bos tempat aku mencari rezeki?hahaha!), Fahmi yang kacak tetapi gatal dan tidak romantik(katanya di ilhamkan dari aku?? Aku tidak romantikkah?). Putaran hidup harian aku di pejabat, memudahkan aku menghayati novel ini.

Perkara lain yang menambah perasa kepada SJP adalah pertembungan dua zaman. Jarang aku dapat membayangkan nya walau dalam filem. Vampira dan robot, dua watak yang tidak mungkin ada bersama. Penulis berjaya menterjemahkanya tanpa aku mempersoalkanya! Tahniah!

Heroin cerita ini pula berdarah pari-pari. Anda pernah menjumpainya dalam mana-mana terbitan melayu? Serius aku tak pernah! Babak percintaan antara vampira dan pari-pari tidak mengganggu perjalanan cerita ini. Aku pun, bukan suka sangat baca buku novel romantik. Hahaha!

Secara keseluruhan, untuk SJP, aku bagi 4.5 bintang. Buku berkualiti, isi yang menarik!
Tahniah penulis, ko memang hebat!.

PS: Fazlie, bile nk sambung duyung pulau kenchana nih? aku tak sabar nih. Huhuhu.
PS2: Babak Oki-doki robot yang suka menggodam tu memang comel! terutama bila dia dimarah dan faham dia kena marah.. Kawaiiii!!!
Posted by ShoZu

Thursday, January 28, 2010

Anda Minat Baca Novel?

Aku jarang suka membaca novel. Masa yang terluang banyak digunakan menghadap komputer, sama ada main atau berkerja di hadapan komputer. Malah sebelum tidur pon kalau boleh aku pastikan komputer dipasang. Ada kawan aku seorang penulis novel bernama jundak. Penulis novel cereka termahsyur. Beliau memperkenalkan aku dengan novel selepas Xara Juga seorang penuis novel. Jika wayang ada trailer untuk di tonton, Jundak telah mencuba dengan godaan novelnya. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang godaan yang aku maksudkan, sila klik:

Godaan: 10 Juta Pulu$

Sila tinggalkan komen anda di sana jika anda peminat novel. Tapi sayangnya godaan kali ini bermula dengan bab 6. :D

PS: Fazlie, jangan lupa wang ihsan aa.. :D

Saturday, August 29, 2009

Perihal Novel

Terus-terang aku cakap. Aku memang jarang baca novel, buku/jurnal memanglah kene baca, dah namanya pernah jadi pelajar dan aku rasa aku xpernah berhenti belajar. Cukup pasal aku.

Kali ni aku nak review pasal satu buku bertajuk 'Mantera Hitam' karangan Serunai Faqir. Sebuah novel fiksyen epik melayu yang bagi aku amat menarik!. Kenapa aku cakap macam tu? Antara novel2 yang aku baca(Laskar Pelangi, Jian, Virus L, Pendeta Gua Khayalan-maaf buku masih dalam kilang cetak,belum keluar lagi). Adalah sesuatu perasaan yang amat menarik kalau aku berada dalam keadaan seperti dalam penceritaan penulis. Pendek kata, aku mencari-cari penulis yang dapat menarik hati dan perasaan aku menjadi pengembara dalam penulisan beliau. Novel pertama(mungkin) yang aku baca Virus L. Ditulis oleh Suri Mawarne kawan sepejabat di OAS. Tak susah untuk membayangkan keadaan sambil membacanya, masakan tidak, gaya penceritaan hampir 100% pengalaman kerja sehari2. Aku membayangkan fly atau merah dpt datang membantu aku menyiapkan projek kami. Lagi pula, penulis novel virus L agak rapat dengan aku.

Novel kedua bertajuk Laskar Pelangi. Novel ni, kalau xdisebabkan aku perlu ke luar negara, xmungkin aku baca. Buku yang tebal selain buku berkaitan kerja menutup minat untuk aku membaca. Berlainan dengan novel ini. Ia mengimbau kenangan zaman persekolahan dahulu. Zaman masih kanak2. Bagaimana aku masih teruja untuk menaiki pentas bagi membuktikan aku terbaik antara yang terbaik. Walau hakikatnya aku xmungkin malah jauh panggang dari api apabila berhadapan dgn watak pintar dalam novel ini.

Novel ketiga masih dalam peringkat pencetakan. Aku sendiri ingat2 lupa tajuk novel tersebut. Mungkin 'Pendeta Gua Khayalan'? Maafkan aku jundak, bila siap cetakan nanti aku letak iklan di sini ya?. Pembacaan masih belum tamat. Penulisnya Masdalifazli M. Said Masdalifadzlie M Saaid, juga staf tempat aku membanting keyboard untuk seliter petrol (tempat kerja daa). Cerita fiksyen sejarah memang menarik minat aku. Kadang-kadang aku boleh jadi bukan aku bila membaca godaan novel ini. Yang melucukan apabila ada babak pertarungan aku cuba sekali berimaginasi untuk turut serta dalam pertarungan. Hasilnya aku teruk dilanda badai pertarungan mereka. Untuk menyelamatkan keadaan, aku paksa kambing peliharaanku menyelinap ke tempat pertarungan mereka-tanya jundak kalau xpasti tempat tersebut. Mungkin di indera wangsamaju?. Novel ini mengajajak aku meneroka ke alam fiksyen fantasi bawah norma kesedaran. Amat sesuai dibaca pada bila-bila masa. Aku harap janganlah ada unsur antiklimax seperti Virus L. Heheh. Tunggu kemunculanya.
Novel Mantera Hitam karya Serunai Faqir juga amat menarik. Tapi akan kusambung nanti. Mata agak berat sekarang. Jangan malam ini bermimpi pertarungan marcel dan marqo lagi. Aku bosan menyamar jadi lalat. Heheh..

Posted by ShoZu