Showing posts with label Mentong.. Show all posts
Showing posts with label Mentong.. Show all posts

Friday, May 7, 2010

Memasak cara ela-eli

Salam, 

Anda semua pernah menonton rancangan kegeraman ramai satu ketika dulu? ALONG! 
Kalau pernah, mesti anda semua ingat slot Ela-Eli. Ala, rancangan kanak-kanak memasak tu. Petang ni, ketika aku sedang kelaparan macam biasa, macam biasa jugak lah datang idea mengarut. aku mengidamkan nak makan sesuatu yang secukup rasa. yang pedas, sedap dan kenyang.

Kepala ligat berfikir, terpandang bungkusan roti paun (Si Cocoon xtau menatang ape roti paun nih) pastu letak bersebelahan dengan Tuna ayam brand. aku beli sebungkus, kemudian bawak pergi kedai Umai. 

Sampai je kat kedai tu, Sambil melayan angin syahdu sepoi-sepoi bahasa tamil waktu petang, aku bukak tin tersebut dan sapukan ke atas roti. masalahnya, ada satu rasa yang tak cukup. Ia sedap, kenyang tapi apa ya?
kurang pedas! Satu perassaan yang tak dapat di terima oleh lidah. 

Aku panggil akak Umai, mintak lah sikit cili potong dan order ais kosong lebih sikit. Ni kalau kat bonda mau dah kene halau pergi kedai lain dah ni. Berbekalkan cili potong yang aku anggarkan ada lah dalam 2, 3 bijik, aku gaul ke dalam tin tersebut. Maka, terhasillah! 

..
..
..
..
..
..
..

Tuna Cili Ela Eli!

Suka hati aku dpat bagi nama sendiri kat masakan makanan aku sendiri! Hehe.
Akhir kata, renung-renungkan, dan selamat makan!

PS: Takziah kepada Zieda kembar BLM hitam yang baru lepas kemalangan jalan raya 6/5/2010 hari tu.
Thank god takde pape berlaku kepa tuan punya badan. Ini semua cubaan dan dugaan.

Posted by ShoZu

Tuesday, May 26, 2009

Air Milo Separuh?

Aku baru pulang dari minum2 mentong2 tadi. tapi ape yang kelakar? kak Afzan dapat air Milo searuh gelas? hohoho.. Sila rujuk gambar di bawah:



Sumpah aku x edit gambar nih. mungkin mamak tersebut dah minum sebelum die hantar ke meja kami kot?