"Kalau free, jomput datang rumah malam ni bai. ado makan2 sikit".
Ringkas SMS yang di terima dari Wafi rakan sekolah dan rakan sepermainan.Demi rakan, aku lupakan hasrat untuk menonton perlawanan antara PKNS dan Negeri Sembilan yang mana ke tidak hadiran aku menyebabkan Negeri Sembilan kekurangan sokongan moral dan menyumbang kepada kekalahan kepada PKNS. Tapi kekalahan itu kecil jika di bandingkan dengan persahabatan antara aku dan Wafi.
Pendek cerita, pukul 9, kami berkumpul di tempat di janjikan menuju ke rumah Wafi. Turut bersama ada Taru, Army dan Kilau. Di pendekkan cerita lagi, Seetelah berborak ala kadar, kami menjemput Wafi makan. Err, Wafi menjemput kami makan. Ada mi hun sup berserta sambal kicap dan hidangan ayam yang super enak. Cuma ada satu masalah kata aku, gusi aku sakit.
Sambil makan, Kami bercerita. ada cerita mengenai HTC Evo 3D yang baru di beli. Taru mencuba henset tersebut, aku tambah Mi. Perbezaan E7 dan android. Aku tambah Mi. Betapa best htc 3D tak perlu guna spek 3D, aku tambah Mi lagi. Tiba-tiba Army pandang aku lantas bertanya sambil tersenyum kambing,
"Angah, ko punya henset pakai kamera edof kan?"
aku jawap,
"Aku sakit gigi, makan sikit je.. "
Cess, Tengah sakit gigi makan sup memang best..
Showing posts with label Kenangan. Show all posts
Showing posts with label Kenangan. Show all posts
Monday, September 19, 2011
Friday, April 9, 2010
Terkenang dulu-dulu
Zaman belajar dulu, zaman paling ceria, bertenaga dan Happy go lucky. Aku rasa hampir semua orang bersetuju dengan aku. Tak kira lah, sekolah rendah, sekolah menengah, matrik, universiti, pendek kata semua tempat belajar di cipta untuk menjadi best. Tak di nafikan jugak, adalah 2,3 perkara yang menjadikan tempat belajar tak best. Contoh macam cikgu garang ke, kantoi dating time sekolah ke, kantoi fly ke. Kalau budak pompuan plak, perkara paling kantoi adalah lupa pakai pad masa datang bulan first time. Perghh.. nasib baik aku budak masa tuh.. Ngeri gak, apesal minah ni tiba-tiba je cedera parah nih. Hahaha (Normal lah, kau budak ko tau apa?betul tak?).
Masa belajar jugak, Kepala masing-masing memang masuk air (Jangan cakap, aku pon tau kepala penuh air sebab belum reti buang air ke tempat yang betul. Muahaha!). Tahun 2001, Masa belajar di Penang. Bilik kami di tempatkan mengikut kelas. di penghujung asrama, ada tempat yang di gunakan untuk mengulang kaji pelajaran. maka nya, di dinding penuh dengan nota-nota, lirik lagu, poster tak berkenaan, dan macam-macam lagi.
Antara perkara yang paling menarik aku ingat kat bilik tersebut adalah kamus. Kamus bukan sebarang kamus. kamus ni, adalah kamus kesalahan perkataan yang selalu di lakukan kami secara tidak sengaja. Contohnya, Resep, octopus prem, Beh pegi BM, dan sebagainya. Perkataan ni memang tak boleh langsung di gunakan sebagai ayat-ayat cinta.
Sasmpai sekarang selepas 9 tahun, aku masih ingat pasal Octopus prem (Sebenarnya aku nk sebut optimus Prime). Terutama lepas keluar wayang cerita Transformers.
Mana lah pergi budak-budak lain nih. Huuuuu

Subscribe to:
Posts (Atom)