Mula sejak bila tah, kena start bayar parking kat area kawasan tempat kerja aku nih. Ok lah ada lot kosong boleh parking kat belakang. Tapi dasar iri hati kedekut tahi hidung masin macam aku cerita dalam entry terdahulu, makanya, kami tak boleh lagi parking kat situ.
Long story cut short, Setakat ni, dah 2 kali kena saman dengan Voldermot. Untuk elakkan kena saman lagi, aku letak tiket parking banyak-banyak atas dashboard. Biar diorang nampak sikit berapa banyak kertas di bazirkan untuk buat benda parking tu.
To put up the heat, hari ni macam biasa, bayar parking. di sebabkan aku beli Nasi lemak sebelum masuk kerja jadi ada duit syiling terlebih yang bisa bikin kantung simpan
Biasanya, tiket keluar bila aku tekan cetak. Ini bukan Sistem Pendaftaran Pengguna Portal yang aku buat boleh ada pilihan untuk cetak atau tak. Ini butang cetak wajib di tekan sebagai bukti aku dah bayar. Masalahnya bila tekan CETAK, keluar arahan "sILA TUNGGU SEHINGGA TIKET DICETAK". 5 saat tunggu, tak keluar, 25 saat tunggu tak keluar. 10 minit tunggu tak keluar jugak! bladihel! boleh jadi terlebih vitamin D aku tunggu bawah sinaran mentari pagi nih.
Mesin ni mesti ikut cakap Dr. Motivasi yang cakap jadikan hari anda sesuatu yang luar biasa berbanding hari hari biasa. Ini lah jadinya bila ikut secara membuta tuli. Boleh bikin sakit hati terlebih woo..
4 comments:
oo.. mesin kat tempat bas tu dah biasa merasa penumbuk saya. sebab kes-kes begitu la.
Haha, betul punya sakit ati tu.. :D
td zida bayar parking kat depan tu ok je :D
Oops.. update: Pukul 1 tadi ada orang bayarkan parking and letak kan dekat wiper. Baik sungguh orang tersebut..
Post a Comment