Kami bersekolah di sebuah sekolah berasrama di Rembau. Kami di sini bermaksud aku dan kembar aku. Lazimnya, bulan puasa bulan untuk kami rileks di waktu petang. Rileks bermaksud tiada kelas tambahan di adakan di waktu petang dan di gantikan selepas tarawih. Ini untuk memberi waktu kami beribadat (baca: tidor).
Petang tu petang Khamis. Hujan turun agak lebat, aku tak boleh tidor. Demam sejak 2 hari betul-betul mengganggu. Masa tu, baru start puasa kalau tak silap. Along cakap dia ada baca satu buku (zaman internet adalah IRC). Dalam buku tu cakap, kalau demam, minum air hujan di sertakan salawat. Aku buat macam disarankan.
Tengah teguk air tu tiba-tiba..
"oi! Tak pose!
Alamak! Ustaz lah plak! Aku betul-betul lupa pasal bulan puasa. Argh! Dah aku kena denda tulis karangan kenapa aku tak puasa walaupon penat aku jelaskan kat ustaz yang aku terlupa. Aku kena buat karangan pon lepas aku kena sebat. Adoi! Bayangkan, ponggong halus yang hanya di baluti kain pelikat kena sebat. Sadis woo..
Itu dulu, hampir 14 tahun dulu. Tapi peristiwa tu memang aku ingat sampai sekarang. Tiap kali hujan bulan puasa, aku senyum sorang-sorang.
Powered by MyPhone
8 comments:
Kena sebat dengan Ust. Hj. Shamsuri ke?
Bukan daaa... hahhahah
tiap kali hujan bulan puasa, komander akan menadah mulutnya. Kali ni dia tak terlupa dan tiada orang mau sebat.
Tahun depan dia tanya, "eh, kena bayar fidyah ke?"
heheh
kat kawasan kita ni, memang selalu orang lupa yang mereka puasa..
cuba tengok kat Mui Fong atau kat kedai depan masjid Jamek Rembau.
Ko bila nak balik? Bazar Ramadhan Rembau ada ayam golek paking killer di abad ini
Ahaha.. dopan Masjid.. Bilo nak balik? insyaAllah, ado joki den balik ah..
senyum sorg2..hmm punggung yg halus...hujan yg basah hmm. aku pn syum sorg2 aku pham ahhahaha
aku ada di tempat kejadian, punggung yg halus... minum air hujan, tilam yg basah... aku pon paham.. hahahahahahaha
Wey.. mano ado den sobut pasal tilam basah.. Hoih! ni kono antar kad rayo bosa nih.. Hahaha
Post a Comment