Perasaan bangga aku ni, aku nak kongsi dengan kawan-kawan pembaca blog sekalian. Hari ni 20 Ogos, genap 3 tahun aku bekerja dengan kompeni ni. Dalam 3 tahun, macam-macam yang aku dah pelajari dan masih belajar macam-macam benda baru.
Ingat 3 tahun dulu, masa aku masih budak ingusan lagi, aku dapat kerja kat sini macam tak percaya je. Orang lain cari kerja separuh mati, aku diterima masu bulat-bulat macam tu aje.
Banyak kenangan manis yang ada dalam kenangan, ada jugak kenangan-kenangan yang aku rasa tanak ingat tapi dok terngiang-ngiang selama 3 tahun.
Kenangan-kenangan tu semua lah yang banyak membantu mematangkan aku.
Terima kasih aku ucapkan kepada rakan-rakan taulan sama ada masih atau dah berhenti kerja di sini, bos-bos yang banyak membantu aku kadang-kadang maki aku selalu puji aku, para main con yang kadang-kadang ok kadang-kadang k.o, pada client yang membantu kelangsungan hidup aku. Pada keluarga betul, keluarga angkat, keluarga yang baru nak jadi keluarga dan pada semua yang sudi baca blog aku.
Akhir kata kepada semua yang mengenali aku tak kira anda siapa, bos ke, sama-sama kawan ke, hatta pembaca blog aku sekalipon, ada petua untuk lebih memajukan diri, ada teguran untuk diri aku, sila-sila jangan malu segan komen kat bawah ni. Terima kasih semua!
Powered by NokiaBerries
5 comments:
sesama dik.. heheheeh
waaa...ucapan mcm menang award.haha
Pami belanjer buka hari ni... dia blanjer murtabak singapore
oh yeah!!jadi tukang amek murtabak pon tade hal..sume skali rm50 yek!
Yahoo!!! Makan murtabak singapore! Lagi apa mau beli?
Post a Comment