Serai: Tarikh Tanam 14/2/2012 |
Tanaman paling awal di semadikan kat rumah aku dah tentunya lalang.
Tapi, lalang-lalang tu semua telah di cantas dengan cangkul besi. Ganti pulak
dengan adik-beradik lalang, iaitu Serai.
|
Bendi |
Yang kedua, kita ada Bendi, atau dalam filem “Ali Baba dan 40 Penyamun”
di panggil Brandi. Yang ini gambar lepas aku alihkan masuk dalam pasu. Sebelum
ni tanam atas tanah, tapi musim hujan jadi baja semua air dah sapu. Ikut
nasihat Bapa Mertuaku, sila alihkan masuk dalam pasu.
Bawang |
Tanaman ketiga yang tak kurang penting, aku ada bawang. Bawang kaya
dengan protein yang penting untuk orang yang sedang membesar macam aku.
Lagipun, apa je makanan melayu yang takda bawang ye tak?
Kangkung & Kunyit |
Ini bukan rumput.. Ini lah pokok kangkung. Hampir aku silap taip tadi.
Yang daun lebar tu pokok kunyit ye. Jangan buat-buat tak kenal. Kunyit jenis ni
kalau dah besar nanti dia ada bunga. Aku tak pernah tengok pokok kunyit ada
bunga. Anda pernah tengok?
Gambar-gambar yang sebelum ni semua yang berada di luar rumah. Dalam rumah pun ada tanaman jugak. Tapi lebih kepada tapak semaian benih. Contoh yang berada dalam tapak semaian sekarang ni dan yang paling penting adalah CILI API. Kalau anda menyokong pasukan Bolasepak Negeri Sembilan, tak pernah miss pergi Stadium Paroi jika ada perlawanan, anda ultras nogori. Tapi kalau anda tak makan cili api, anda tak cukup power lagi. Mengambil semangat itu, maka cili api lah tumbuhan yang paling di jaga dalam rumah aku sekarang ni.
No comments:
Post a Comment